Wednesday, April 25, 2012

Apabila Kotak Barang Permainan Menjadi Barang Mainan

video
Inilah akibatnya kalau terlebih bijak.Bakul untuk simpan mainan Afif buat tempat main.Sembunyi sakan dia dalam tue.

Thursday, April 19, 2012

Muhammad Afif Zakwan Yang Bijak

Afif selalu mandi kolam di balkoni rumah.Tapi tadi hujan lebat.Jadi memang sejuk la kat luar balkoni tue.Tapi Afif nak mandi kolam jugak.Jadi apa yang Afif buat ialah masuk bilik,ambil kolam letak dalam bilik air.Dia nak mandi kolam dalam bilik air.Bila ibu cuba letak kolam depan balkoni terus taknak siap dengan geleng kepala.Tegas dengan hasratnya nak mandi kolam didalam bilik air.

Monday, April 9, 2012

Anak Ayah Yang Manja

Aduhai sekarang ni makin manja Afif ni.Sekarang ni makin manja sangat dengan aku.Mulut dok sebut ayah jer sepanjang masa.Nak bergerak pun payah.Mesti cari jer.Bangun tidur terus cari ayah.Semalam kesian sungguh kat Afif.Bangun tidur terus cari ayah.Dok panggil ayah,selalunya ayah nyahut terus diam.Semalam bila takde ayah nyahut terus nangis.Main pun berhenti jab panggil ayah,tak nyahut nangis.Minum susu berhenti jab panggil ayah,tak nyahut terus nangis.Bila ayah telefon Afif,terus merintih merengek nangis dalam telefon.Kesian pulak ayah dengar.