Thursday, July 26, 2012

Hampir 2 Tahun

Hanya tinggal sebulan sebelum Afif berumur 2 tahun. Makin nakal perangai dia. Suka sangat dah mengusik orang. Hari Afif kenakan ibu dia. Ibu tengah sibuk nak bancuh susu kat dia,dia leh ambil puting botol susu bawak lari. Siap ngekek lagi ketawa. Bila ibu tanya mana puting,siap geleng kepala lagi kata taktau.

Semalam dari maghrib sampailah nak tidur punyalah hyper. Tak berhenti main. Yang jadi mangsa teman main sapa lagi, ayah lah mangsanya. Dilenyeknya badan ayah,digomolnya habih ayah ni. Sampai penat-penat sakit badan.

Kalau dulu semasa menyusu badan tidur selalu himpit ibu dia, sekarang sejak minum botol ayah lak yang Afif kacau. Siap himpit letak kaki atas badan lagi. Kalau terasa nak manja sangat siap bangun tidur atas badan la. Kalau kita cuba nak ubah, dalam tengah tidur boleh lagi peluk tengkuk tak bagi ubah. Ibu pun apa lagi, horey la dah tidur bebas Afif tak kacau.

Wednesday, July 25, 2012

Aduhai Logo Merdeka

Kecoh org mengatakan mengenai logo merdeka kali ni yang buruk. Jadi aku pun surf la mencari.Bila terjumpa memang pada pendapat aku sgt lah tidak sesuai.Tiada unsur profesionalism dalam penciptaannya. Macam dibuat mengunakkan Microsoft Paint saja. Bahkan seolah dibuat oleh mereka yang tidak ilmu dalam Art and Design. Terlalu lekeh dalam istilah orang Kedah. Pada masa yang sama aku terjumpa beberapa contoh logo yang dicipta oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Pandangan peribadi aku, logo mereka lebih sesuai. Logo 1 iaitu logo asal perlu dikaji dan diganti. Logo 2 dan Logo 3 lebih sesuai pada pendapat aku.

Wednesday, June 27, 2012

Dia dah mula meng"operate" permainan

Semalam riuh rumah dek karenah Afif main. Habis semua mainan di sepahkan. Tapi tetiba tak dengar suara Afif. Jeling tengok dah duduk diam tak gerak-gerak. Hairan la jugak. Terus aku intai. Rupanya Afif tengah sibuk meng"operate" kereta mainan dia. Habis semua tayar dicabutnya. Lepas tue cuba nak dipasang balik. Leka sungguh mencabut tayar, pasang balik. Dengan muka yang serius dan kelihatan tekun sedang membaiki kereta mainannya.

Monday, June 25, 2012

Perihal Afifku Sayang

Makin mendekat si Afif dengan umur 2 tahun makin lasak dan nakal jadinya. Main pun makin rancak. Semalam main sikit punya bahaya. Boleh dia panjat sofa lepas suruh kita sambut dia nak terjun. Kena marah pun tak heran,bila ibu dia tampar paha baru reda sikit.

Aku pun selalu jadi mangsa buli Afif sekarang. Dia gomol sakan sampai kita naik penat. Dipanjatnya badan, dipeluknya kepala, tarik telinga, cubit pipi la semua, habis sakit-sakit badan aku dikerjakan. Sambil buat sambil ketawa sambil buat aku. Waktu Afif tidur je lah baru aku dapat rehat sikit. Tapi rumah terus terasa sunyi sepi jer bila Afif tidur.

Sekarang pun makin manja pun ada. Tak boleh nak tegur lebih sikit. Merajuk sakan. Siap masuk bawah meja merajuk. Malam pun tidur makin lasak. Kalau dulu tidur suka himpit ibu dia je, sekarang himpit aku pula. Sampaikan badan tak boleh nak pusing langsung. Itulah karenah putera aku sorang ni.

Tuesday, May 8, 2012

Kisah Kucing Di Mekah

Kisah ni mak aku ceritakan semasa dia di Mekah tahun lepas. Kisah mak aku dengan seekor kucing. Keluarga aku memang sukakan kucing hinggakan pernah memelihara kucing dulu. Kucing peliharaan kami sungguh jinak dan agak bijak. Tidur sentiasa nak berteman, kalau nak berak sentiasa di tandas. Tak pernah sekali pun diluar. Sanggup tunggu giliran untuk masuk ke tandas.

Sambung kembali kisah mak aku, satu hari ketika di Tanah Suci mak aku nampaklah kucing yang agak kurus. Lantas mak aku pun terus kata "Kalau hang mai bilik nanti,boleh lah aku bagi makan" Ini adalah kebiasaan mak aku untuk bagi makan pada kucing-kucing yang banyak di belakang rumah keluarga kami. Di Tanah Suci mak aku kalau tak silap tinggal di tingkat 9 rasanya dan mereka biasanya berkelah ramai-ramai diluar koridor pintu bilik.

Tak disangka ketika sedia nak makan, mak aku ternampak kucing itu di tepi tangga tingkatnya. Terkejut mak aku kerana tak disangka kucing itu naik sampai ke tingkat tempat mak aku tinggal. Seolah-olah kucing itu mencari mak aku. Mak aku pun bagilah makan, kenyang saja kucing itu terus dia hilang turun begitu saja.

Mak aku hingga kini sungguh hairan bagaiman kucing itu boleh tangga bertingkat-tingkat. Seolah-olah datang menagih janji. Sesungguhnya kuasa Allah SWT itu Maha Besar.