Malam Ahad lepas entah kenapa Afif tetiba sakit.Mula-mula main ok jer.Bila masuk bilik nak tidur tetiba jer muka lain mcm,lepas menyusu sikit tetiba terus muntah.Lepas tue mula la muntah berkali-kali.Bila tengok tak reda-reda juga dalam 1 pagi tue,bersiap keluar cari klinik la.Semua klinik tutup dah,terpaksa la gi Kedah Medical Centre.Kena lak doktor yang standby ada emergency kes 2 kali.Bila doktor check dia cakap masalah penghadaman.Maybe la pasal petang tue macam-macam Afif makan.Dia makan Sundae McD,bubur McD pastu makan lagi hotdog.Tue agaknya tak hadam.Gi pulak menyusu banyak.Tambah teruk bila Afif tahan muntah.
Afif buat muntah-muntah tue sampai ke pagi hari Ahad,sedar-sedar dah pukul 6.Bersiaplah ke sekolah dalam keadaan ngantuk dan penat.Tambah pula Nazir datang melawat sekolah selama 3 hari.Bila masuk hari Isnin pulak,Afif buat cirit-cirit lak.Dah demam la pulak.Punyalah risau.Usaha macam-macam.Cuma agak syukur dalam keadaan Afif macam tue masih agak cergas.Boleh lagi main.
Syukur alhamdulillah semalam dah sembuh elok Afif.Dah mula lasak kembali.Dah mula mengetuk bola golf keliling rumah.Aku pun dah mula kena buli balik dengan Afif.Nasib basikal pun keliling rumah dah.