Thursday, July 26, 2012

Hampir 2 Tahun

Hanya tinggal sebulan sebelum Afif berumur 2 tahun. Makin nakal perangai dia. Suka sangat dah mengusik orang. Hari Afif kenakan ibu dia. Ibu tengah sibuk nak bancuh susu kat dia,dia leh ambil puting botol susu bawak lari. Siap ngekek lagi ketawa. Bila ibu tanya mana puting,siap geleng kepala lagi kata taktau.

Semalam dari maghrib sampailah nak tidur punyalah hyper. Tak berhenti main. Yang jadi mangsa teman main sapa lagi, ayah lah mangsanya. Dilenyeknya badan ayah,digomolnya habih ayah ni. Sampai penat-penat sakit badan.

Kalau dulu semasa menyusu badan tidur selalu himpit ibu dia, sekarang sejak minum botol ayah lak yang Afif kacau. Siap himpit letak kaki atas badan lagi. Kalau terasa nak manja sangat siap bangun tidur atas badan la. Kalau kita cuba nak ubah, dalam tengah tidur boleh lagi peluk tengkuk tak bagi ubah. Ibu pun apa lagi, horey la dah tidur bebas Afif tak kacau.

Wednesday, July 25, 2012

Aduhai Logo Merdeka

Kecoh org mengatakan mengenai logo merdeka kali ni yang buruk. Jadi aku pun surf la mencari.Bila terjumpa memang pada pendapat aku sgt lah tidak sesuai.Tiada unsur profesionalism dalam penciptaannya. Macam dibuat mengunakkan Microsoft Paint saja. Bahkan seolah dibuat oleh mereka yang tidak ilmu dalam Art and Design. Terlalu lekeh dalam istilah orang Kedah. Pada masa yang sama aku terjumpa beberapa contoh logo yang dicipta oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Pandangan peribadi aku, logo mereka lebih sesuai. Logo 1 iaitu logo asal perlu dikaji dan diganti. Logo 2 dan Logo 3 lebih sesuai pada pendapat aku.