Monday, June 25, 2012

Perihal Afifku Sayang

Makin mendekat si Afif dengan umur 2 tahun makin lasak dan nakal jadinya. Main pun makin rancak. Semalam main sikit punya bahaya. Boleh dia panjat sofa lepas suruh kita sambut dia nak terjun. Kena marah pun tak heran,bila ibu dia tampar paha baru reda sikit.

Aku pun selalu jadi mangsa buli Afif sekarang. Dia gomol sakan sampai kita naik penat. Dipanjatnya badan, dipeluknya kepala, tarik telinga, cubit pipi la semua, habis sakit-sakit badan aku dikerjakan. Sambil buat sambil ketawa sambil buat aku. Waktu Afif tidur je lah baru aku dapat rehat sikit. Tapi rumah terus terasa sunyi sepi jer bila Afif tidur.

Sekarang pun makin manja pun ada. Tak boleh nak tegur lebih sikit. Merajuk sakan. Siap masuk bawah meja merajuk. Malam pun tidur makin lasak. Kalau dulu tidur suka himpit ibu dia je, sekarang himpit aku pula. Sampaikan badan tak boleh nak pusing langsung. Itulah karenah putera aku sorang ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.