Tuesday, May 8, 2012

Kisah Kucing Di Mekah

Kisah ni mak aku ceritakan semasa dia di Mekah tahun lepas. Kisah mak aku dengan seekor kucing. Keluarga aku memang sukakan kucing hinggakan pernah memelihara kucing dulu. Kucing peliharaan kami sungguh jinak dan agak bijak. Tidur sentiasa nak berteman, kalau nak berak sentiasa di tandas. Tak pernah sekali pun diluar. Sanggup tunggu giliran untuk masuk ke tandas.

Sambung kembali kisah mak aku, satu hari ketika di Tanah Suci mak aku nampaklah kucing yang agak kurus. Lantas mak aku pun terus kata "Kalau hang mai bilik nanti,boleh lah aku bagi makan" Ini adalah kebiasaan mak aku untuk bagi makan pada kucing-kucing yang banyak di belakang rumah keluarga kami. Di Tanah Suci mak aku kalau tak silap tinggal di tingkat 9 rasanya dan mereka biasanya berkelah ramai-ramai diluar koridor pintu bilik.

Tak disangka ketika sedia nak makan, mak aku ternampak kucing itu di tepi tangga tingkatnya. Terkejut mak aku kerana tak disangka kucing itu naik sampai ke tingkat tempat mak aku tinggal. Seolah-olah kucing itu mencari mak aku. Mak aku pun bagilah makan, kenyang saja kucing itu terus dia hilang turun begitu saja.

Mak aku hingga kini sungguh hairan bagaiman kucing itu boleh tangga bertingkat-tingkat. Seolah-olah datang menagih janji. Sesungguhnya kuasa Allah SWT itu Maha Besar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.