Wednesday, January 11, 2012

Anakku Yang Bijaksana

Sekarang ini makin besar besar Afif makin terserlah kebijaksanaannya.Pandai sungguh mencari jalan untuk mendapatkan apa yang dia nak.Aku ada la beli kolam mandi untuk dia mandi di balkoni rumah kerana nampak minat sungguh Afif mandi dalam besen.Dalam kolam mandi dia tue adalah 50 biji bola kecik untuk dia buat main sekali.Sekali sekala jer bagi mandi.

2 hari lepas aku tengok Afif dari dok tengok TV tetiba bangun masuk bilik tempat aku buat simpan barang.Aku pun intai la.Rupanya dia gi cari kolam dia.Kolam tue aku letak atas kerusi.Aku tengok Afif tarik kolam tue letak atas lantai.Lepas dia tarik baldi tempat simpan bola dekat dengan kolam.Ingatkan nak buat apa.Rupanya nak isi kolam tue dengan bola.Dah siap isi terus masuk dalam duduk.Lama jugak dia duduk dalam tue.Ingatkan dah selesai hal dia.

Tak lama lepas tue nampak Afif heret kolam dia keluar bilik menghala ke balkoni.Siap letak sendiri elok-elok kolam tue dekat balkoni.Terus suruh orang isi air untuk dia mandi.Lepas tue mandi sampai kecut la.Sampai aku pun diarahkan mandi sekali dengan dia.Ketawa besar bila dapat siram aku dengan air kolam dia.Dengan aku juga basah sekali.

video

Tuesday, January 3, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012


Ini dia tarikh keramat bagi kakitangan awam bagi tahun 2012.Selamat merancang perbelanjaan dengan berhemah.

Jom Semak Ngundi


Kesian bini aku selama ni tak dapat mengundi kerana dia kerja di KL jadi mana nak dapat cuti balik mengundi.So bila pindah balik Kedah aku pun tukarkanlah kawasan mengundi dia bagi sama dengan kawasan aku.Alhamdulillah bila check semalam dah warta dah kawasan baru.Jadi di alamat rumah aku sekarang dah ada 4 orang pengundi berdaftar.Kepada kawan-kawan jangan lupa semak.