Thursday, July 26, 2012

Hampir 2 Tahun

Hanya tinggal sebulan sebelum Afif berumur 2 tahun. Makin nakal perangai dia. Suka sangat dah mengusik orang. Hari Afif kenakan ibu dia. Ibu tengah sibuk nak bancuh susu kat dia,dia leh ambil puting botol susu bawak lari. Siap ngekek lagi ketawa. Bila ibu tanya mana puting,siap geleng kepala lagi kata taktau.

Semalam dari maghrib sampailah nak tidur punyalah hyper. Tak berhenti main. Yang jadi mangsa teman main sapa lagi, ayah lah mangsanya. Dilenyeknya badan ayah,digomolnya habih ayah ni. Sampai penat-penat sakit badan.

Kalau dulu semasa menyusu badan tidur selalu himpit ibu dia, sekarang sejak minum botol ayah lak yang Afif kacau. Siap himpit letak kaki atas badan lagi. Kalau terasa nak manja sangat siap bangun tidur atas badan la. Kalau kita cuba nak ubah, dalam tengah tidur boleh lagi peluk tengkuk tak bagi ubah. Ibu pun apa lagi, horey la dah tidur bebas Afif tak kacau.

Wednesday, July 25, 2012

Aduhai Logo Merdeka

Kecoh org mengatakan mengenai logo merdeka kali ni yang buruk. Jadi aku pun surf la mencari.Bila terjumpa memang pada pendapat aku sgt lah tidak sesuai.Tiada unsur profesionalism dalam penciptaannya. Macam dibuat mengunakkan Microsoft Paint saja. Bahkan seolah dibuat oleh mereka yang tidak ilmu dalam Art and Design. Terlalu lekeh dalam istilah orang Kedah. Pada masa yang sama aku terjumpa beberapa contoh logo yang dicipta oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Pandangan peribadi aku, logo mereka lebih sesuai. Logo 1 iaitu logo asal perlu dikaji dan diganti. Logo 2 dan Logo 3 lebih sesuai pada pendapat aku.

Wednesday, June 27, 2012

Dia dah mula meng"operate" permainan

Semalam riuh rumah dek karenah Afif main. Habis semua mainan di sepahkan. Tapi tetiba tak dengar suara Afif. Jeling tengok dah duduk diam tak gerak-gerak. Hairan la jugak. Terus aku intai. Rupanya Afif tengah sibuk meng"operate" kereta mainan dia. Habis semua tayar dicabutnya. Lepas tue cuba nak dipasang balik. Leka sungguh mencabut tayar, pasang balik. Dengan muka yang serius dan kelihatan tekun sedang membaiki kereta mainannya.

Monday, June 25, 2012

Perihal Afifku Sayang

Makin mendekat si Afif dengan umur 2 tahun makin lasak dan nakal jadinya. Main pun makin rancak. Semalam main sikit punya bahaya. Boleh dia panjat sofa lepas suruh kita sambut dia nak terjun. Kena marah pun tak heran,bila ibu dia tampar paha baru reda sikit.

Aku pun selalu jadi mangsa buli Afif sekarang. Dia gomol sakan sampai kita naik penat. Dipanjatnya badan, dipeluknya kepala, tarik telinga, cubit pipi la semua, habis sakit-sakit badan aku dikerjakan. Sambil buat sambil ketawa sambil buat aku. Waktu Afif tidur je lah baru aku dapat rehat sikit. Tapi rumah terus terasa sunyi sepi jer bila Afif tidur.

Sekarang pun makin manja pun ada. Tak boleh nak tegur lebih sikit. Merajuk sakan. Siap masuk bawah meja merajuk. Malam pun tidur makin lasak. Kalau dulu tidur suka himpit ibu dia je, sekarang himpit aku pula. Sampaikan badan tak boleh nak pusing langsung. Itulah karenah putera aku sorang ni.

Tuesday, May 8, 2012

Kisah Kucing Di Mekah

Kisah ni mak aku ceritakan semasa dia di Mekah tahun lepas. Kisah mak aku dengan seekor kucing. Keluarga aku memang sukakan kucing hinggakan pernah memelihara kucing dulu. Kucing peliharaan kami sungguh jinak dan agak bijak. Tidur sentiasa nak berteman, kalau nak berak sentiasa di tandas. Tak pernah sekali pun diluar. Sanggup tunggu giliran untuk masuk ke tandas.

Sambung kembali kisah mak aku, satu hari ketika di Tanah Suci mak aku nampaklah kucing yang agak kurus. Lantas mak aku pun terus kata "Kalau hang mai bilik nanti,boleh lah aku bagi makan" Ini adalah kebiasaan mak aku untuk bagi makan pada kucing-kucing yang banyak di belakang rumah keluarga kami. Di Tanah Suci mak aku kalau tak silap tinggal di tingkat 9 rasanya dan mereka biasanya berkelah ramai-ramai diluar koridor pintu bilik.

Tak disangka ketika sedia nak makan, mak aku ternampak kucing itu di tepi tangga tingkatnya. Terkejut mak aku kerana tak disangka kucing itu naik sampai ke tingkat tempat mak aku tinggal. Seolah-olah kucing itu mencari mak aku. Mak aku pun bagilah makan, kenyang saja kucing itu terus dia hilang turun begitu saja.

Mak aku hingga kini sungguh hairan bagaiman kucing itu boleh tangga bertingkat-tingkat. Seolah-olah datang menagih janji. Sesungguhnya kuasa Allah SWT itu Maha Besar.

Thursday, May 3, 2012

Afif Yang Petah

Sekarang rajin sungguh Afif belajar bercakap. Pantang nampak benda di suka, mulut terus berbunyi.Tapi dalam dok petah nak belajar cakap masih satu lagi perkataan Afif taknak sebut iaitu "Ibu" sampai ibu marah-marah. Ibu marah la sebab mulut tue asyik panggil "Ayah" jer. Sedangkan makcik Afif dari Kelantan datang rumah tak sampai seminggu pun Afif boleh pandai panggil. Lembut je dengar Afif panggil "Cik" dekat makcik Sahirah.Ibu pun tarik muka sambil kata "Ibu ko taknak panggil,makcik ko tak sampai seminggu dah boleh panggil".

Wednesday, April 25, 2012

Apabila Kotak Barang Permainan Menjadi Barang Mainan

Inilah akibatnya kalau terlebih bijak.Bakul untuk simpan mainan Afif buat tempat main.Sembunyi sakan dia dalam tue.

Thursday, April 19, 2012

Muhammad Afif Zakwan Yang Bijak

Afif selalu mandi kolam di balkoni rumah.Tapi tadi hujan lebat.Jadi memang sejuk la kat luar balkoni tue.Tapi Afif nak mandi kolam jugak.Jadi apa yang Afif buat ialah masuk bilik,ambil kolam letak dalam bilik air.Dia nak mandi kolam dalam bilik air.Bila ibu cuba letak kolam depan balkoni terus taknak siap dengan geleng kepala.Tegas dengan hasratnya nak mandi kolam didalam bilik air.

Monday, April 9, 2012

Anak Ayah Yang Manja

Aduhai sekarang ni makin manja Afif ni.Sekarang ni makin manja sangat dengan aku.Mulut dok sebut ayah jer sepanjang masa.Nak bergerak pun payah.Mesti cari jer.Bangun tidur terus cari ayah.Semalam kesian sungguh kat Afif.Bangun tidur terus cari ayah.Dok panggil ayah,selalunya ayah nyahut terus diam.Semalam bila takde ayah nyahut terus nangis.Main pun berhenti jab panggil ayah,tak nyahut nangis.Minum susu berhenti jab panggil ayah,tak nyahut terus nangis.Bila ayah telefon Afif,terus merintih merengek nangis dalam telefon.Kesian pulak ayah dengar.

Tuesday, March 27, 2012

Alahai Anak Ayah


Sekarang ni mulut Afif petah betul.Tapi ibu dia lak dok jeles marah-marah.Pasal Afif dok sebut "AYAH" jer.Suruh sebut "Ibu" berbuih mulut taknak jugak sebut "Ibu".Sepanjang masa sebut "Ayah" jer.Bangun tidur cari ayah,ayah masuk bilik air pun dok menjerit panggil ayah.Ayah leka tengok tv datang tegur panggil ayah.

Semalam dalam bilik tidur saja la ibu dia ngusik Afif cakap ayah takde.Terus Afif sebut ayah ayah banyak kali.Bila ibu cakap takde,dia sebut ayah.Last-last siap datang cium pipi ayah nak bagitau ayah ada.Aku terlelap mata kejab pun Afif datang tegur panggil ayah.Kalau tak nyahut,dok panggil ayah la sampai nyahut.

Sunday, March 18, 2012

Teacher Online Shoppe: Tikar Evamatik

Teacher Online Shoppe: Tikar Evamatik: Alas lantai moden yang memiliki pelbagai jenis corak dan warna yang menarik. Mencegah reumatik hawa sejuk lantai. Dengan corak yang pelbag...

Wednesday, February 22, 2012

Lega Anak Ku Dah Sihat


Malam Ahad lepas entah kenapa Afif tetiba sakit.Mula-mula main ok jer.Bila masuk bilik nak tidur tetiba jer muka lain mcm,lepas menyusu sikit tetiba terus muntah.Lepas tue mula la muntah berkali-kali.Bila tengok tak reda-reda juga dalam 1 pagi tue,bersiap keluar cari klinik la.Semua klinik tutup dah,terpaksa la gi Kedah Medical Centre.Kena lak doktor yang standby ada emergency kes 2 kali.Bila doktor check dia cakap masalah penghadaman.Maybe la pasal petang tue macam-macam Afif makan.Dia makan Sundae McD,bubur McD pastu makan lagi hotdog.Tue agaknya tak hadam.Gi pulak menyusu banyak.Tambah teruk bila Afif tahan muntah.

Afif buat muntah-muntah tue sampai ke pagi hari Ahad,sedar-sedar dah pukul 6.Bersiaplah ke sekolah dalam keadaan ngantuk dan penat.Tambah pula Nazir datang melawat sekolah selama 3 hari.Bila masuk hari Isnin pulak,Afif buat cirit-cirit lak.Dah demam la pulak.Punyalah risau.Usaha macam-macam.Cuma agak syukur dalam keadaan Afif macam tue masih agak cergas.Boleh lagi main.

Syukur alhamdulillah semalam dah sembuh elok Afif.Dah mula lasak kembali.Dah mula mengetuk bola golf keliling rumah.Aku pun dah mula kena buli balik dengan Afif.Nasib basikal pun keliling rumah dah.

Thursday, February 16, 2012

Aduhai Anakku


Aduhai sekarang makin lasak Afif.Tidur makin kurang.Bila tak tidur mula la meragam.Merengek semua serba tak kena.Puas paksa baru nak tidur.Itupun kena berperang dulu.Mata pun selalu lebam tak cukup tidur.Lepas tue jalan pun lembik jer lah.Kejab-kejab jatuh,kejab-kejab langgar barang.Ada satu malam lagi kacau.Dia dah tertidur awal,tetiba dalam pukul 11 masa kita lak nak masuk tidur boleh dia bangun balik.Terus taknak tidur nak tengok kartun.Puas pujuk taknak gak tidur balik.Last sekali angkut masuk bilik jugak.Biar dia main dalam bilik.Apalagi sakan la mengacau orang,memanjat habih badan orang,sibuk cium orang,tegur orang,ajak orang main.Lama la jugak sampailah dia tertidur sendiri.Ibu dia dah lama hanyut.Ayah la dok layan dia sampaikan bila ayah tertidur pun tak sedar.Sedar-sedar sudah subuh.

Wednesday, February 8, 2012

Syukur Alhamdulillah


Syukur pada hari Isnin yang lepas dah pergi ke pejabat lawyer untuk sempurnakan perjanjian pinjaman perumahan dan perjanjian cagaran.Jadi sekarang urusan pembelian rumah hampir selesai.Hanya menanti CF saja yang dijangka rumah akan siap hujung tahun ini.Walaupun rumah yang dibeli tidak semewah orang lain,yang penting keluarga aku akan mempunyai rumah kami sendiri,dimana kami bebas mencorakkannya mengikut pandangan dan selera sendiri.

Harga rumah cuma RM180,00.00 saja.Letaknya dia Taman Tunku Serina, Jitra
.Pemajunya alhamdulillah memang diyakini prestasinya iaitu Darulaman Realty.Ambik pinjaman perumahan kerajaan selama 30 tahun,bulanan lebih kurang RM980 sebulan.Rumah 1 1/2 tingkat jer.Jadilah dari membazir duit adalah harta sikit.

Nasib baik la ada subsidi jugak dari pemaju.Duit lawyer lebih kurang RM7 ribu.Lawyer bagi discount dekat RM2 ribu campur subsidi dari pemaju RM3 ribu.Jadi aku cuma perlu bayar RM1293 saja.Duit KWSP pun dah pohon nak keluarkan.Nak guna untuk ubahsuai rumah sikit.Harap-harap clear cepat.

Kisah Ular


Semalam selepas aku bawak anak aku meronda naik moto tetiba jiran aku ustaz bawah rumah panggil aku.Rupanya dia nampak ular menyorok bawah rak kasut depan rumah dia.Asalnya atas alang pintu rumah dia,jatuh kebawah masa dia keluar rumah.Nasib tak jatuh atas kepala dia.Aku pun gi lah ambik buluh tumpat yang memang aku simpan.Selongkar rak kasut tue tak jumpa.Dah gelabah dah takut ular tue lari masuk rumah.

Selongkar lagi baru jumpa.Apa lagi aku pun balun la.Nasib baik la ular daun jer.Tapi tetap balun gak sampai mati,tak bagi peluang.Masalah betul kuarters rumah aku ni.Jiran depan rumah aku berapa kali dah terkena ular masuk rumah.Kulit ular jangan cerita la bersepah jumpa keliling kuarters.Ular ni mai duduk pasal banyak rumah kosong.Pastu kat bumbung banyak burung merpati buat sarang,cicak luar rumah pun banyak.Besar-besar lak tue.Banyak lak sumber makanan ular ni.Rumah pun depan bukit.Paham-paham la.

Novelis Yang Menyebabkan Bini Aku Membebel


Seorang novelis ini menyebabkan bini aku membebel sakan.Kenapa dia membebel.Kerana aku sakan membeli novelnya.Beliau merupakan Ramlee Awang Murshid.Terima kasih kepada sahabat baik ku Cikgu Zambri Abd Kadir teman semasa di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar kerana memperkenalkan Ramlee Awang Murshid ini kepada aku.Buku pertama beliau yang aku baca bertajuk "9 Nyawa". Selepas itu aku mula menjadi peminat setia dan mula membeli novel-novel beliau.Sekarang aku dalam usaha melengkapkan koleksi novel beliau.

Bila Afif Bosan Main

Ini la kes yang terjadi bila Afif bosan bermain.Aku dah sediakan satu sudut dalam rumah untuk Afif main sepahkan mainan dia.Siap sediakan bakul untuk simpan mainan dia.Siap baru beli kerusi sofa kecik lagi letak situ.Mula-mula elok la sepah main kat luar.Lama-lama bila dah bosan,terus masuk dalam bakul.Banyak sungguh akal dia.

Bila Kreativi Menguasai Diri

Dalam bosan-bosan sambil serabut melihat meja guru aku yang bersepah,tetiba timbul idea untuk mengemaskan meja sambil mencantikkannya.Hasilnya ialah aku pergi pejabat ambik kotak kertas mesin fotokopi.Bawak balik,balut elok-elok.Hasilnya ialah kotak menyimpan barang yang cantik.

Anak Melayu Yang Sakit Otak


Pening kepala otak yang memang pening pagi-pagi buta ini melihat gambar ini.Kenapalah masih lagi ada anak gadis kita yang bangang macam ni.Anak sapalah ni.Nak kata bijak berfesyen,tak jugak.Nak kata bangang,memang bodoh bangang.Korang nilai la sendiri.

Thursday, February 2, 2012

Rutin Pagi Muhammad Afif Zakwan


Sekarang setiap Afif bangun jer mesti nak tengok kartun animasi kegemaran dia Boboiboy.Nasib baik aku dah beli DVD dia,so dapatlah Afif tengok bila-bila masa.Aku beli DVD original tau,kenapa support la bisnes anak melayu kita.Kalau aku atau isteri lambat buka DVD Boboiboy mula Afif bunyi.Lepas mula dia nak buka plug DVD player sendiri.Bila dah buka nak tekan sendiri butang "Eject".Lepas aku masukkan cd dia jugak nak tekan masuk cd tue.Lepas dah on terus duduk depan tv senyap tak bergerak.Leka sungguh tengok DVD Boboiboy, dari duduk terus baring.Dahla masa duduk tengok kena duduk atas riba ayah.Ayah la kena teman,tapi takpe ayah pun minat gak. Memang animasi tempatan yang terbaek!

Wednesday, January 11, 2012

Anakku Yang Bijaksana

Sekarang ini makin besar besar Afif makin terserlah kebijaksanaannya.Pandai sungguh mencari jalan untuk mendapatkan apa yang dia nak.Aku ada la beli kolam mandi untuk dia mandi di balkoni rumah kerana nampak minat sungguh Afif mandi dalam besen.Dalam kolam mandi dia tue adalah 50 biji bola kecik untuk dia buat main sekali.Sekali sekala jer bagi mandi.

2 hari lepas aku tengok Afif dari dok tengok TV tetiba bangun masuk bilik tempat aku buat simpan barang.Aku pun intai la.Rupanya dia gi cari kolam dia.Kolam tue aku letak atas kerusi.Aku tengok Afif tarik kolam tue letak atas lantai.Lepas dia tarik baldi tempat simpan bola dekat dengan kolam.Ingatkan nak buat apa.Rupanya nak isi kolam tue dengan bola.Dah siap isi terus masuk dalam duduk.Lama jugak dia duduk dalam tue.Ingatkan dah selesai hal dia.

Tak lama lepas tue nampak Afif heret kolam dia keluar bilik menghala ke balkoni.Siap letak sendiri elok-elok kolam tue dekat balkoni.Terus suruh orang isi air untuk dia mandi.Lepas tue mandi sampai kecut la.Sampai aku pun diarahkan mandi sekali dengan dia.Ketawa besar bila dapat siram aku dengan air kolam dia.Dengan aku juga basah sekali.

Tuesday, January 3, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2012


Ini dia tarikh keramat bagi kakitangan awam bagi tahun 2012.Selamat merancang perbelanjaan dengan berhemah.

Jom Semak Ngundi


Kesian bini aku selama ni tak dapat mengundi kerana dia kerja di KL jadi mana nak dapat cuti balik mengundi.So bila pindah balik Kedah aku pun tukarkanlah kawasan mengundi dia bagi sama dengan kawasan aku.Alhamdulillah bila check semalam dah warta dah kawasan baru.Jadi di alamat rumah aku sekarang dah ada 4 orang pengundi berdaftar.Kepada kawan-kawan jangan lupa semak.