Tuesday, May 24, 2011

Pengalaman Berharga Seorang Ayah

Banyak yang kita boleh pelajari sebagai seorang ayah.Ada yang akan sanggup buat dan ada yang akan menolak dengan pantas.Antaranya adalah mencuci "berak" anak.Aku pun pada mulanya terasa geli juga nak tolong isteri cuci berak anak.Tapi bila melihat isteri penat menjaga anak,aku membiasakan diri mencuci berak anak.Ternyata memang agak geli mula-mula,namun lama-kelamaan menjadi kebiasaan dah.Afif pun selalu gelak suka sangat bila aku yang cuci.(pasal kalau ibu yang buat,nakal dah tentu kena marah).

Pengalaman kedua ialah menjaga anak ketika isteri tidur kepenatan.Memang kita sebagai seorang ayah pun penat bekerja.Namun apa sangat penat tue kalau dibandingkan penat seorang isteri menjaga anak.Sebab itu selalunya anak akan aku jaga apabila isteri penat tertidur.Kekadang malam-malam pun anak nak tidur atas aku.Atas tilam pun selalu berputar berpusing jer anak tersayang aku buat hal sebelum tidur.Puas kena pujuk baru tidur.

Pengalaman mandi dengan anak pun cukup menarik.Memang bagus kalau kita amalkan mandi dengan anak.Orang Jepun pun biasa mandi dengan anak.Kita boleh amal,cuma ikut hukum agama la.Tutup aurat semua.Semalam aku mandi anak,suka dia pasal aku bagi meniarap atas lantai sambil siram air ke badan dia.Sakan Afif tepuk-tepuk air.Last sekali nak angkat balik pun payah dah.Puas pujuk.Kalau tak siap merajuk lagi.Makin besar sekarang makin manja dan agak nakal Afif ni.Makin bijak main dengan ibu ayah.Terhibur satu rumah dengan keletahnya.

Thursday, May 12, 2011

Kasih Seorang Anak


Anakku Muhammad Afif Zakwan kini sudah mencapai umur yang mempamerkan bibit kebijaksaannya. Sungguh gembira seluruh keluarga menyaksikan perkembangannya. Dalam kenakalannya penuh kasih sayangnya.

Setiap tengahari Afif akan setia menanti kepulangan ayahnya di muka pintu. Apabila jam menunjukkan pukul 1 petang ke atas,Afif akan menanti di depan setiap kali kedengaran bunyi pintu dibuka. Hanya jika diberitahu oleh ibu,bukan ayahnya yang pulang barulah akan kembali bermain semula. Jika ayah yang dinanti muncul dibalik pintu,sehabis manis senyuman akan diberikan. Ayah diterpa, kaki dipeluk minta di dukung. Hatta hampir tertidur pun akan dilupakan niat untuk tidur apabila ayah pulang. Akan diekori ayah kemana saja.

Semalam saja dibawa Afif berjalan-jalan ke Tesco Mergong untuk berjalan-jalan, sambil membeli pampersnya. Gembira sungguh Afif apabila dibawa berjalan-jalan. Sampai di Tesco terus menunjukkan kemanjaannya. Minta ayah mendukungnya, apabila ibu cuba mengambil dari dukungan ayah lantas di tolak tangan ibu. Enggan didukung oleh ibu. Tersenyum sambil mengeleng ibu melihat keletah si Afif.

Minat Afif pun nampak dah pelbagai. Dulu hanya nampak berminat pada "montaj" di TV yang kelihatan ceria dan rancak. Kini nampak lebih berminat pada rancangan yang melibatkan kanak-kanak. Leka sungguh dia, yang peliknya apabila "Imam Muda" ke udara pun akan ditatap dengan penuh minat. Apabila dipanggil pun tak di hirau. Apatah lagi kalau lagu opening "Seribu Kali Cinta Marshanda" ke udara. Terus di tinggalkan apa di buat dan terus ke depan TV untuk mendengar.

Gembira sungguh Afif apabila dibawa mandi didalam sinki. Melompat sambil menjerit saja kerja. Terpaksa pegang dengan kuat takut terlepas. Ada tika menangis tidak puas hati apabila dibawa keluar dari sinki. Makin lama makin jelas gigi 2 batang yang tumbuh tu. Comel saja kelihatan. Merangkak pun makin laju. Tapi dah mula memanjat pula. Dah yakin pula berdiri atas lutut sambil melepas tangan tak pegang apa-apa. Takut sungguh terjatuh. Makin lasak jadinya. Sesungguhnya aku bersyukur pada mu Tuhan.

Friday, May 6, 2011

Muhammad Afif Zakwan yang makin nakal.

Semalam entah kenapa cergas betul Si Afif.Mulut ibarat bertih jagung.Main tanpa berhenti.Pergi dapur dengan tok abah dan maktok sampai ke depan dengar Afif gelak bagai nak rak.Masuk dalam bilik nak tidur pun sempat main sakan.Sampai maktok geleng kepala kerana sampai semua orang dengar suara Afif gelak dari dalam bilik.Ketawa sungguh-sungguh.Sejak boleh merangkak dan tumbuh gigi,makin lasak dan nakal jadinya.