Thursday, March 31, 2011

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Fatwa yang dipetik dari laman web rasmi Majlis Fatwa Malaysia

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English):

The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day

Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.

Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.

Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Jangan Jadi Bodoh Sempena April's Fool

Esok akan tiba hari dimana serata dunia menantikannya.Ramai orang akan menyambut,termasuklah umat Islam di Malaysia.Namun umat Islam di Malaysia sedarkah apa asal-usulnya April's Fool dan hukum menyambutnya mengikut Islam.Disini adalah artikel yang aku petik daripada sumber tertentu :


"April Fool's Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak keesokan harinya (1 APRIL). Mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia."


Jika itulah sejarah awal sambutan April's Fool,sedarkah kita bahawa April's Fool ialah upacara yang mengenang pembunuhan beramai-ramai umat Islam.Jadi umat Islam yang menyambut April's Fool sebenarnya meraikan upacara meraikan pembunuhan saudara sesama Islam.Jadi fikirkanlah apa hukum kita menyambut April's Fool.Halal?Harus?Makruh?Haram?

Lagipun tidakkah berdosa kita mempermainkan dan menyusahkan orang atas alasan untuk berjenaka?

Fikirkanlah wahai umat Islam.Janganlah jadi bodoh esok sempena nak menyambut April's Fool.Hanya mereka yang bodoh (Fool) saja akan menyambut April's Fool.Masya-Allah.

Poco-Poco Is Haram...finally!


Isu ini merupakan isu yang aku sentiasa ternanti-nanti bila fatwa akan dikeluarkan.Sejak tahun 2008 lagi aku pernah terbaca artikel yang menerangkan poco-poco merupakan tarian yang sering ditarikan di Filipina selepas upacara di gereja.Jadi secara kesimpulannya Tarian Poco-poco ialah tarian gereja.Bahkan di analisa juga bahawa langkah-langkah tarian poco-poco seakan menyerupai langkah salib ataupun "cross".Lagipun tarian ini diiringi oleh lagu dalam bahasa Filipina yang entah apa maksudnya.Sejak itu aku tak berminat untuk mengikuti kegilaan menari tarian yang mengarut ini (actually i hate dancing.hehehe).

Alasan tarian poco-poco diperkenalkan ialah atas alasan senaman.Banyak lagi tarian tradisional di Malaysia.Jadi kenapa perlu tarian luar pula.So tak perlu lah lagi nak berpoco-poco.Tahniah kepada Mufti Perak kerana berani mengeluarkan fatwa tersebut.

Tuesday, March 29, 2011

Sinar Cahaya Ayat Kerusi


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ...

Ragam Anakku 2

Anak sulungku,Muhammad Afif Zakwan seolah-olah sudah mengetahui pukul berapa sepatutnya aku sampai ke rumah dari sekolah.Biasanya aku sampai ke rumah dalam pukul 1.30 petang.Sebaik saja aku buka pintu terus terlihat Afif tersenyum menyambut kepulangan aku.Terus akan menerpa kearah aku,minta didukung.Jika diatas "walker"nya,aku terus mengekori aku kemana saja.

Semalam aku balik sedikit lewat kerana sibuk menyiapkan data markah peperiksaan Tahun 6 untuk dihantar ke PPD.Sibuk isteri aku menghantar SMS minta aku cepat balik kerana si Afif dah mula mengamuk.Sampai saja kerumah terus aku mendengar suaranya tengah mengamuk.Tapi apabila aku buka saja pintu terus tersenyum melihat aku.Terus berhenti mengamuk dan menangis.

Seperti tiada apa-apa terus dengan rutin hariannya,minta didukung dan terus mengekori aku masuk ke bilik menukar baju.Kesian pula melihat mata yang berkaca-kaca dengan airmata kesan mengamuk sebelum itu.Isteri aku kata mungkin sebab aku balik lewat dari biasa membuatkan si Afif mengamuk.Mungkin si Afif dah penat menanti aku pulang dari sekolah.Tiada yang mustahil memandangkan kini Muhammad Afif Zakwan sudah berusia 7 bulan.Dah cukup besar untuk memahami erti kasih sayang.

Sunday, March 27, 2011

Anak Ayah

Kita sentiasa dihidangkan dengan peribahasa berbunyi "Bapa Borek Anak Rintik".Semua orang tahu apa maksudnya tapi ada juga yang meragui kebenaran peribahasa tersebut.Apakah mungkin anak kita mewarisi sikap kita walaupun tanpa kita ajar.Bolehkah sikap tersebut diwarisi melalui genetik?

Melalui anak sulungku,aku dapat melihat peribahasa tersebut mempunyai kebenarannya.Banyak sikap dan perilaku anak sulungku sama macam tabiat harian aku.Kata-kata rakan membuatkan aku tersedar ada yang diwarisi oleh anakku.Seperti renungan mata anakku ini jelas bersamaan dengan renungan aku.

Selain daripada itu,anakku juga sering menguap dengan sebelah mata hampir tertutup(jelas sekali sama dengan aku).Puteraku juga apabila mengeliat badannya aku melengkung habis dimana turut sama seperti aku.Namun satu perkara yang aku berharap tabiat anakku ini mengikuti aku ialah minatnya pada buku.Apabila dia mengamuk sakan namun apabila dihulurkan buku terus diam dan tersenyum.Sungguh leka dan khusyuk meneliti buku.Aku sungguh berharap apabila puteraku besar,dia akan menaruh minat yang mendalam untuk membaca buku.

Pendek kata,banyak sikap yang anak kita lakukan adalah hasil warisan daripada kita.Yang jelas telah tertulis didalam DNA dia hasil dari kita suami isteri.Moga-moga aoa yang diwarisi adalah yang terbaik saja dan positif saja.Insya-allah.

Wednesday, March 23, 2011

Banjir Kilat

Petang semalam ketika malas sungguh nak gi ko-kurikulum disekolah waktu petang,selamba jer doa bagilah hujan.Tengok-tengok tuhan makbulkan doa.Hujan turun mencurah-curah.Lebat sungguh.Dari pukul 4.30 petang sampai 6.00 petang.

Sekali tengok air mencurah-curah turun dari bukit berhadapan dengan rumah.Penuh jalan dengan air berwarna merah (air tanah merah dari bukit).Last-last risau tengok kereta.Takut tenggelam.Nasib baik tayar jer kena,tu pun sikit.Tapi tak sangka hujan lebat sikit jer kat bukit,air mencurah naik.Kalau musim banjir mesti terkepung punya rumah aku.