Monday, February 21, 2011

Kenangan SK Sedili Besar

Kini hampir 2 bulan aku bertugas di SK Bukit Pinang, Alor Star.Sudah 3 bulan aku meninggalkan bumi Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.Sudah 3 bulan aku tidak bertemu rakan taulan serta sahabat juga anak-anak tersayang yang telah aku tinggalkan di bumi Sedili.

Kenangan di SK Sedili Besar terlalu banyak aku tinggalkan.Kenangan yang paling aku tak lupakan ialah kenangan di Malam Perpisahan Tahun 6.Tak sangka malam itu juga merupakan malam perpisahan kecil untukku.Tak dapat aku mengawal perasaan ketika itu,hanya mampu menahan deraian airmata saja.Sedih melihat muka anak-anak tersayang yang bakal ku tinggalkan.

Di penghujung majlis emosi ku hancur terus.Tatkala berpelukan dengan sahabatku, Mohd Zawawi dan Abg Lie hanya airmata yang keluar.Terharu bila melihat sahabat menitiskan airmata kesedihan apabila terpaksa berpisah.Hanya diharapkan talian silaturrahim akan terus berkekalan.

Memandangkan tempoh masa bersama semakin singkat,setiap masa dilalui dengan sepenuhnya.Lawatan ke kolam renang di Tanjung Balau turut dituruti.Segala masa dilalui bersama amatlah berharga.Hinggalah ke Jamuan Malam Perpisahan rasmi di JB Catering, Johor Bahru turut dikenang.Walaupun majlis bukan ibarat fiesta namun kenangan amatlah berharga.

Kepada SK Sedili Besar terima kasih diatas segalanya,kepada sahabat-sahabat yang aku tinggalkan SK Sedili Besar dan SK Sempang semoga ikatan silaturrahim kita akan terus berkekalan.Pintu rumahku sentiasa terbuka menyambut kehadiran kalian.Insya-allah.

Salam Terakhir (Sudirman)



Salah satu lagu Arwah yang terlalu menyentuh kalbu dan emosi.Entah kenapa hati sering rasa sedih seolah ingin mengalirkan airmata apabila mendengar lagu ini.

PS:Andai diri ini pernah bersalah dan berdosa pada sesiapa,dengan rendah diri hamba Allah ini memohon seribu kemaafan.

Sunday, February 20, 2011

Ragam Anakku

Kini umur anakku sudah hampir mencapai 6 bulan.Sudah besar putera kesayanganku.Sudah penuh kasih sayang aku dan isteri tumpahkan padanya.Sungguh tenang hidupku melihat anakku membesar.

Kini semakin penat kami berdua.Makin lasak si Afif ni.Menyulur pun dah merata tempat.Asyik kena kutip saja.Sekelip mata dah ada kat tempat lain.Kekadang tengah makan sambil tengok si Afif,tengok-tengok dah sampai bawah meja.

Tangan pun dah makin lenguh,asal pegang bagi berdiri jer,sibuk si Afif nak melompat.Terpaksa ambil giliran dengan isteri.Itu belum campur lagi ragam di rumah nenek dia.Manjanya melebihi dari biasa.Mentang-mentang ramai orang,manjanya menjadi-jadi.Seronok Tok Abah nya melayan ragam si Afif.

Maktok pula berjanji nak beli "walker".Tak lama puas la mengejar si Afif ni pulak.Tak sabar menanti puteraku pandai merangkak dan berjalan.Walaupun akan bertambah penat mengejar dan mengasuh,namun untuk anak tersayang..apa pun takpe.Asalkan membesar menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat.Sesuai dengan namanya; Muhammad Afif Zakwan Bin Ahmad Fadli

Hukum Menghisap Shisha

Entah kenapa aku melihat aksi di Buletin Utama aksi mereka yang menghisap shisha dengan khusyuk,terasa macam ada tak kena.Apatah lagi menlihat aksi para wanita asyik menghisap dan menghembuskan asap ibarat naga.Terasa jelik kelihatan.

Sibuk disuarakan langkah ingin mengharamkannya.Jika dilihat dari hasil kajian yang mengatakan Shisha adalah 400 kali lebih merbahaya dari menghisap rokok.Jika kita memegang kepada hasil kajian tersebut,maka dengan mudahnya kita boleh menghukumkan menghisap Shisha adalah haram.Jika menghisap rokok sudah dihukumkan haram,maka menghisap sesuatu yang 400 kali lebih merbahaya sudah tentu hukumnya haram juga.

Fikirkanlah,tiada kebaikan yang kita dapat dari menghisapnya.Jika menghisap dadah kita panggil penagih dadah,dimana rokok dan shisha mempunyai elemen dadah juga,tidak bolehkan kita mengelar mereka penagih rokok dan penagih shisha juga?

Lagipun dari membazir menghisap makanan jin iaitu asap (nak jadi jin ker kita ni?) adalah lebih baik duit itu digunakan untuk kebaikan.Bagi anak bini makan ker..bagi sedekah kepada fakir miskin atau anak yatim ker..derma ker Gaza or Palestin ker atau beli buku pun sudah lebih membazir secara sia-sia.Fikirkanlah..

Sunday, February 13, 2011

Utusan Malaysia Online - Forum

Inilah artikel komen pembaca yang aku sebagai guru menyirap apabila membacanya.Sungguh mencabar maruah seorang guru.Penuh dengan fakta Palsu.Ini aku petik dari laman Utusan Online,turut disertakan link dari laman web tersebut.

Guru tidak terbeban kerja

SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.(Sekolah mana ni?Macam dalam syurga pulak...aku pun nak ngajo kat sekolah tue?)

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.

Mokhtar Sabah

Keningau, Sabah.

Utusan Malaysia Online - Forum

PS : Apa komen rakan-rakan guru?

Monday, February 7, 2011

Hukum Merokok

Diperhatikan masih ramai lagi ahli jemaah masjid atau surau di merata tempat yang masih lagi tidak boleh membuang tabiat menghisap rokok. Ada yang sembahyang dengan berbekalkan kotak rokok dan `lighter` di kocek menggantikan tasbih. Sepatutnya lidah yang sering berzikir dan berdoa sudah lama meninggalkan tabiat buruk ini. Mulut berdoa jauhkan dari azab api neraka tapi mulut itu juga yang memasukkan api dan asap rokok ke dalam mulut. Sia-sia doa seumpama ini.
Oleh itu kita menyeru kepada ahli jemaah masjid/surau yang sebenarnya, jauhilah tabiat buruk ini dengan iman dan ilmu yang yakin bahawa apa yang dibuat itu adalah HARAM. ( MAKNANYA JIKA HISAP ROKOK JUGA ADALAH SALAH DAN DAPAT DOSA. APA ITU HARAM, APA ITU DOSA … KENA BELAJAR DAN FAHAM SUNGGUH. )
Di sini diperturunkan hujah dan kenyataan berdasarkan ‘Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu kita menyeru agar penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu . Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi.

Nota : Artikel ni bukan karya aku.Just dipetik untuk dikongsi bersama.Agak menarik untuk direnungi