Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru Permulaan Baru

Dalam beberapa jam lagi kita akan berganjak ke tahun yang baru iaitu 2012.Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tahun ini.Tahun depan menjanjikan pelbagai cabaran.Tahun depan aku akan memikul pelbagai tugas yang agak mencabar.Tahun depan juga aku kena mula berjimat cermat kerana aku dalam proses memiliki rumah sendiri.Khamis lepas baru saja aku menandatangani dokumen perjanjian dengan Darulaman Reality atas urusan pembelian rumah.Baru saja booking.Harap-harap takde masalah nanti dengan Bahagian Perumahan pasal nak apply loan kerajaan.Duet booking pun bayar pakai duit bonus kerajaan bagi.Thanks PM.

Sunday, December 18, 2011

Beruk vs Manusia Beruk


Ini namanya beruk,kerjanya memetik kelapa.Tapi jangan jadi beruk dijalanraya hingga menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.Apatah lagi jadi beruk dalam masyarakat,menyusahkan masyarakat saja.Tiada guna satu sen pun.Baik jadi macam beruk ni.Ada juga guna untuk masyarakat.

Si Pemain Bola Cillik

video
Laksana seperti nama diberi,Afif minat sungguh bola.Kalau keluar tue kerja nak beli bola saja.Kalau dalam tv ada siaran or iklan orang main bola,minat sungguh dia tengok.Leka jer.Tambah-tambah sejak baru dapat kaki ni.

Bini Aku Mula Beraksi


Setelah sekian lama baru bini aku mula pegang mesin jahit.Asal pun anak tukang jahit baju dalam kampung.Masuk politeknik pun bidang fesyen.Kes taknak menjahit pasal taknak pakai spek.Last-last kena menjahit jugak pasal nak buat langsir rumah sendiri.

Friday, December 16, 2011

Akibat Afif Tidur Awal & Terjaga

Aduhai semalam hampir-hampir tak boleh tidur.Afif semalam tidur awal dalam bilik.Lepas semua dah bentang tilam plus toto kat ruang tamu and get ready nak tidur barulah angkat Afif keluar.Sebelum tidur pakatlah sembang-sembang dulu.Ntah macamana tersedar la pulak Afif ni.Dia terasa cergas la pulak.Dok nak berjalan la pulak.Mulut pun sibuk pot pet bercakap.Tanya itu ini.Tegur itu ini.Semua cakap silap-silap ni tak tidur la semua.Nasib baik pujuk-pujuk tidurlah jugak balik Afif.Kalau tak siaplah tak tidur la aku semalam.

Tuesday, December 6, 2011

Duit Sudah Ngalir

Semalam bini aku ajak gi Kok Lanas.Ajak gi Kedai Kain Hasmadi.Hajatnya nak beli kain buat langsir.Dah bercita-cita terlalu lama nak jahit langsir.So pergilah petang semalam.Belilah kain yang dicita-citakan.Habis la jugak dekat 3 ratus hengget.Puas hati muka bini aku tengok.Nasib baik nak jahit sendiri.Anak tukang jahit baju katakan.

Sunday, December 4, 2011

Afif Tolong Ibu Menyapu

video
Afif sekarang cukup pantang kalau tengok orang pegang penyapu.Dia pun sibuk la nak tolong menyapu.Penyapu lebih panjang dari dia pun takde hal.Aku nak menyapu gak.Rajin sungguh anak ayah.Kalau kita mengelap perabot,dia pun nak tolong jugak lap.Kalau tak bagi mengamuk la.Terpaksa la bagi.Takpe teruskan kerajinan Afif ni sampai besar.Ayah ibu suka sangat kalau Afif rajin macam ni.Boleh tolong ibu ayah kemas rumah.Jangan tolong tambah semak sudah.Ibu ngamuk baru tau,kat ayah jugak Afif ngadu nanti.

Kebebasan Yang Dinanti.


Afif la yang bebas,bebas berlatih berjalan.Afif balik kampung ni berjalan sakan dia.Tiap masa nak keluar rumah jer.Mentang-mentang duduk kampung,tanah luas.Nak keluar berjalan saja kerja.Jalan sambil sibuk tengok binatang yang ada di sekeliling rumah.Cukup suka tengok lembu.Nampak kereta sibuk pula nak naik kereta.Nasib tak baik siap ambik kunci kereta tunjuk ke kereta sambil mulut sibuk buat bunyi macam kereta.Pandailah sangat tue.Tambah suka bila ramai makcik pakcik nak tolong dukung takpun bawak jalan-jalan.Mandi pun seronok.Mandi kat luar rumah.Ayah dia pun sibuk mandi kat luar.Pakai air telaga.Best weh.Sejuk jer.Mandi pun dengan adik ipar lelaki sambil menyembang.Bini pun bising suruh cepat naik.Hehehe.

Saat Yang Di Nanti


Ni merupakan gambar yang aku tangkap semasa ketibaan mak dan abah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star dari Tanah Suci.Jelas boleh dilihat kegembiraan di muka mereka dapat melihat anak,menantu dan cucu menanti kepulangan mereka walaupun bukan semua.Yang menanti pun gembira melihat mereka melangkah keluar dengan sihat.

Afif dah naik haji.


Afif bergaya sakan pakai baju jubah dengan lebai maktok tokabah beli di Madinah.Nampak baik dan sopan jer anak ayah ni.Ada sapa nak meminang tak?

"Lepak"ing di Pantai


Petang semalam dalam kebosanan tetiba bapa mertua aku ajak ke pantai.So beramai-ramai lah ke pantai,bukan nak mandi pun.Cuma lepak-lepak ambik angin jer.Ombak jangan citer la.Punyalah tinggi.Berlipat-lipat ombak.Kalau mandi juga memang nak cari maut la.Tak pasal keluar muka surat depan Metro selepas jenazah ditutupi oleh suratkhabar.Afif mula menjerit taknak turun dari dukungan pasal takut bunyi ombak.Tapi bila dapat peluang main pasir.Sakan dia main.Puas pujuk suruh berhenti.

Saturday, December 3, 2011

Holiday Oh Yeah

Untuk meraikan my second wedding anniversary semalam,kami buat makan-makan soto dengan makan kek jer.My wife yang beria nak makan kek.Layan je lah.Dah kek sedap makan je lah,soto pun makan sampai ke malam.Akibatnya sakit perut pasal kuah pedas.Hahaha.Cuaca di sini pun kejab mendung,kejab panas,kejab hujan.Bila la nak banjir.Nak main air ni,nak gi tahan pukat ni.Hahahah.

Thursday, December 1, 2011

My 2nd Anniversary

Hari ini merupakan ulang tahun kedua perkahwinan aku.Aku bersyukur kami masih berpeluang menyambut bersama.Kali ini disambut di kampung dimana kami di ijab kabulkan.Esok baru nak sambut makan-makan sikit.Makan dengan keluarga saja,tanda bersyukur.Afif pun dah besar.Makin bijak,makin lasak,makin ligat.

Rezeki Banjir

Pantai Timur buat masa ini sibuk pasal banjir.Rezeki pun melimpah.Selalunya kita nak makan ikan siakap kena gi restoran makan ikan siakap stim,sweet sour,3 rasa pelbagai.Tapi bapak mertua aku dapat dari mana ntah.Dia dapat seguni ikan siakap hasil pening air banjir.Berpuluh-puluh ekor ikan siakap.Apalagi,makan ikan siakap saja 2 3 hari ni.Ikan siakap goreng kunyit biasa pun ada.

Horey Cuti Sekolah

Cuti sekolah yang panjang menjelang sudah.Gembiranya rasa dihati.Inilah masa untuk berehat menenangkan fikiran selepas setahun penat lelah mengajar.Cuti panjang inilah peluang untuk isteri aku bertemu keluarganya di Pasir Puteh,Kelantan puas-puas.Syukurlah perjalanan bebas dari “jem”.Kereta pun aku dah buat “tinted” baru kerana yang lama dah mula mengelembung khususnya cermin belakang.”Tinted” yang baru ni lebih selesa dan gelap sikit.Barulah selesa Afif dalam kereta tak panas.

Aduhai Lesen Mati

Aku sibuklah mencatat tarikh penting di planner baru.Waktu itu barulah sedar lesen aku mati pada 15 November yang lepas,sedangkan tarikh hari tu dah 24 November.Berjalan sakan aku meronda,padahal lesen dah lama mati.Masya-allah.Pergilah ke Kompleks Kerajaan Persekutuan di Anak Bukit untuk me”renew” lesen aku.Sampai je JPJ tengok kosong jer.Nak “renew” setahun je.Tapi kerani JPJ bagitau sekarang ada sistem baru dimana lesen boleh diselaraskan dengan tarikh harijadi.So aku suruh dia check tengok kalau selaras kena bayar berapa.Tengok-tengok dia kata percuma.Jadi bila diselaraskan,lesen aku akan mati setahun setengah lagi,sedangkan bayaran dibuat hanya untuk setahun.Syukur Alhamdulillah.

Kepulangan Mak dan Abah


Tanggal 29 November penantian berakhir sudah.Selepas 49 hari mak dan abah selamat kembali selepas menunaikan haji di Tanah Suci.Mereka berangkat ke sana pada 4 Oktober lepas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Star Kedah.Penerbangan kembali pada mulanya dijangka pada pukul 3 pagi namun pihak Tabung Haji menelefon memaklumkan bahawa penerbangan mereka ditunda ke jam 6 pagi.Hanya aku,adik ipar aku,adik dan 2 orang anak saudara aku pergi ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan mereka kerana yang lain perlu berada dirumah untuk membuat persiapan.Rasa sungguh bersyukur apabila melihat mereka di balai ketibaan.Segala kebimbangan telah lebur bersama penantian.Syukur Alhamdulillah.Syukur bila mendengar mereka berjaya menjalankan ibadah haji dengan sempurna.Walaupun ada beberapa masalah namun syukur mereka mendapat pertolongan dari segala pihak yang berkenaan.Pihak Tabung Haji juga telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.Cuma ada ketika mak terpaksa menggunakan kerusi roda (wheel chair) kerana kaki sakit dipijak oleh Pak Hitam (negro).Syukurlah abah mampu menjaga mak disana.Namun apa yang tak berubah keadaan di Tanah Suci ialah sikap orang-orang dari negara jiran kita,warga serumpun kita.Terlalu taksub perkauman kenegaraan hingga nak mengawal setiap lokasi tanah suci untuk kesenangan mereka saja.Masya-allah.Cuma agak kecewa bila mak dan abah baru menyedari selepas selamat tiba di rumah,ada beberapa barangan yang dibeli di Madinah telah hilang.Rupanya barang tersebut hilang ketika dibilik hotel di Madinah lagi.Entah salah letak ker,salah ambil ker.Hanya Allah SWT saja yang tahu.Namun kami bersyukur mereka telah selamat kembali.Yang paling gembira ialah cucu-cucu mereka,khususnya Muhammad Afif Zakwan.Gembira sungguh dia melihat tok abahnya kembali.Tak boleh berengang saja.Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, November 16, 2011

Puteraku dah mula berjalan.

Semalam isteriku bagitau Afif kemaruk berjalan.Rupanya dari pagi sampailah malam nak tidur Afif sibuk berlatih berjalan.Syukur alhamdulillah.Berjalan pun dah pandai imbang.Bila nak jatuh ke kiri cepat Afif perbetul langkah dia supaya tak jatuh.Langkah pun dah tertib tak laju sangat.Tapi bila aku tengok Afif jalan,nampak kemas sangat.Sah la teori aku selama ni.Afif dah boleh berjalan lama dah,cuma dia malas nak berlatih berjalan.Entah la apa mimpi Afif semalam.Mungkin dia dah terasa kemas nak berjalan.Dah terasa sampai masa nak berjalan.Aku selalu dok bagitau Afif, "Afif cepat berjalan,maktok dengan tokabah nak balik dari Mekah dah ni".Harapan aku supaya Afif dapat berjalan masa mak dan abah aku selamat kembali dari Tanah Suci pada 21 November ini.Syukur alhmadulillah.Aku sekarang cakap pada isteri aku, "Jangan bimbang kalau Afif tak berjalan.Bukan dia tak boleh berjalan,saja malas nak berjalan."

Afif anakku yang nakal.

Pada mulanya kabinet tv, bini aku susunlah barang kaca elok-elok.Hadiah-hadiah aku terima dari anak murid aku.Afif selalu nak ambik buat main.Jadi dilarang la takut pecah.Selalunya berjayalah.Satu hari tinggal dia kejab kat depan,tetiba dengar bunyi pecah.Tengok Afif dok keras depan tv, ada glob kaca pecah depan dia.Nasib la dia duduk keras depan tu.Jadi tak kena la sebarang kaca pecah.Last-last aku ambik simpan barang kaca semua,jadi kosong la kabinet bawah tv tue.Tengok-tengok Afif lak masuk isi kabinet tue.Siap duduk elok dalam tue.Bila orang larang siap sengih-sengih senyum bila orang larang.Siap merangkak masuk sambil tengok orang.Takut orang kejar tangkap.
Afif ni sekarang ringan saja mulutnya.Bising sekarang rumah aku dengan mulut dia.Suka sangat menjerit.Kalau aku pergi jauh sikit dari sisi dia,terus menjerit panggil "Ayah Ayah". Kena menyahut dia panggil,kalau tak menyahut siaplah cari sampai depan pintu.Kalau nampak makanan sibuk nak kongsi sekali.Nampak benda dia nak siap menyerit sebut "Ha..nak". Kekadang siap bunyi berlagu lagi mintak.

Thursday, November 10, 2011

Kisah Ragam Muhammad Afif Zakwan

Selama ni aku dok risau kenapa la Afif ni lambat sangat nak boleh berjalan,tapi rupanya dugaan aku meleset.Banyak kali ibu Afif kata dia lepas tangan Afif boleh pulak berjalan.Jadi semalam masa dalam bilik,kononnya nak tidur la tapi Afif tengah galak nak main la pulak.Aku pun pegang la tangan kanan Afif bagi dia berjalan,terus terpikir nak lepas tangan tengok apa jadi.Elok pulak Afif jalan sendiri sorang-sorang.Tapi lajunya macam nak berlari.Terus terlintas dalam hati,anak aku ni dah boleh jalan rupanya.Rupanya dia malas nak berjalan sendiri.Kalau bawak turun bawah dekat taman,kalau takde budak-budak lain main,nak dukung jer.Nak jalan orang pegang tangan sebelah pun tak hingin.Tapi kalau ada kawan-kawan dia kat bawah,laju jer berjalan heret tangan orang.Alahai Afif cepatlah berjalan elok-elok ni.Ayah nak Afif berjalan sendiri sambut Maktok dengan Tokabah balik dari Mekah nanti ni.

Minggu lepas jugak Afif pertama kali tersenyum elok bila aku nak tangkap gambar dia.Selalu kalau nampak orang pegang kamera kelam kabut nak ambik nak tengok gambar.Kali ni bila aku cakap "Adik ready ni..ayah nak tangkap gambar..senyum gelak sikit".Tak disangka tersenyum ketawa lebar dia.Pertama kali memberikan kerjasama untuk bergambar.Priceless picture.

Sunday, November 6, 2011

Konvo UiTM


Walaupun bukan konvo aku tapi best juga dapat pergi.Macam nak konvo lagi jer.

Thursday, October 20, 2011

My Clever Son

Seronok sekarang tengok Afif dah pandai buat apa kita suruh.Pagi tadi aku tengah mandi dengar dah dia bangun.Dok mengamuk cari aku.Lepas tue dengar suara Afif depan pintu bilik air.Tunggu aku keluar, sambil mulut dok sebut "Ayah..Ayah".Aku menyahut senyap la kejab.Lepas aku habis siap layan la dia kejab.Sambil melayan aku melawak dengan Afif cakap "Adik uh uh busuk la".Mengekek gelak Afif.Dah cukup masa,aku cakap "Ayah nak gi sekolah dah ni.Meh salam".Aku hulur tangan terus sambut tangan aku,tunduk kepala cium tangan.Lepas tue cakap "Meh ayah sayang pulak'.Hulur pipi lak suruh aku sayang.Pandai sungguh.Tapi bila aku cakap "Ok nak gi dah".Tetiba terus gi salam tangan ibu terus naik atas riba aku.Salam jer dengan aku,tapi tetap tak bagi gak aku gi sekolah.Menangis sakan la bila aku pergi sekolah jugak.Akal sungguh nak ikut.

Wednesday, October 19, 2011

Afif The Drift Driver

Afif & Monster Truck

Afif Makan Nasi Goreng

Hello All

Kesibukan fokus kepada UPSR menyebabkan lama sungguh aku tak update blog ini.Banyak telah berlaku namun belum masanya lagi untuk bercerita.Memandangkan sekarang tengah sibuk berkursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman selama 3 hari.Kursus Pedagogy Enhancement for English Language Teachers.Ini merupakan phase ketiga,phase terakhir.Jumlah hari kursus ialah 9 hari.Kena buat assigment dan siapkan folder tugasan.Aduhai kerja tak habis-habis.

Tuesday, July 26, 2011

Bila Guru Hilang Sabar

Tuhan saja yang tahu betapa marah dan geramnya aku dengan kelas aku semalam. Sikap mereka makin lama makin kurang ajar sedangkan sekarang sedang menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR. Masih tidak berubah,masih menyakitkan hati.Sudah diarahkan diam masih bising.Sudah ditentu masih lagi menganggu kelas.Pantang leka dah mula lawan tendang menendang.Yang didenda berdiri diluar pula boleh sempat tendang murid kelas lain yang sedang lalu.Yang paling teruk sempat lagi keluar kelas pergi menganggu kelas lain.Akhirnya bila kemarahan memuncak aku terlupa aku seorang guru,terus bertukar kepada sikap lama aku,panas baran dan kaki gaduh.Terus aku tarik murid-murid kurang ajar ini,leher baju mereka aku cekak,tarik dekat kearah muka.Terus aku terlupa,masya-allah.Aku terus menjadi seorang samseng didalam kelas.Masya-Allah.Terus satu kelas menikus diam.Kenapalah mereka bersikap demikian.Kenapalah mereka sentiasa mencabar kesabaran.Dikala satu sekolah membenci kelas ini,aku cuba menyayangi mereka.Namun kini sudah mula terdetik rasa benci.Kenapakah masih ada anak bangsa bersikap demikian.Masya-Allah,kini aku paham bagaimana boleh ada guru sampai boleh mencederakan muridnya.

Wednesday, July 20, 2011

Israel rampas bot layar aktivis Perancis ke Gaza

Israel rampas bot layar aktivis Perancis ke Gaza

20/07/2011 4:18am

ASHDOD, Israel 20 Julai – Tentera laut Israel mengiringi bot layar Perancis yang membawa 16 aktivis pro-Palestin menuju ke pelabuhan Asdod selepas ia dirampas oleh pihak berkuasa di sini, semalam.

Bot layar Dignite/Al Karama memasuki pelabuhan tersebut sambil diiringi tiga kapal peronda Israel selepas dipintas di perairan antarabangsa ketika mereka menghampiri pantai Genting Gaza dalam percubaan untuk melanggar sekatan rejim Zionis.

Sementara itu, pihak ketenteraan menyatakan kesemua aktivis termasuk tiga wartawan yang berada dalam bot tersebut akan disoal siasat oleh polis dan berkemungkinan diusir keluar dari Israel. – AFP

petikan dari Utusan Malaysia.

Thursday, July 14, 2011

Penipuan Kaum Yahudi (sedikit maklumat untuk dikongsi bersama)

FREE AL-AQSA



(Gambar 1: Masjid Al Aqsa yang sebenarnya berkubah biru.

Gambar 2: Kubah As Sakhrah dibina oleh Khalifah Al Marwan)

Salam 2 all.

Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan. Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia 'amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa. Dunia ditipu sekian lama!

Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al Aqsa, dan Baitul Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi. Ini adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada "utusan", "penyelamat", "messiah", "saviour' yang akan turun untuk menyelamatkan mereka.

Sebenarnya "utusan" yang mereka tunggu itu sudah pun diturunkan, iaitu Nabi Muhammad saw. Walaupun para ulama', ahli kitab dan 'ilmuan mereka mengakui Rasullah saw menepati semua ciri kerasulan dan kenabian yang disebut didalam kitab mereka. Namun hanya kerana Nabi Muhammad saw bukan dari kalangan Yahudi, mereka menolak Rasulullah saw (As-Shaff: 6).

Jadi siapa "messiah" yang ditunggu oleh Yahudi Zionis ini? Apa kena mengena dengan Al Aqsa (termasuk Baitul Maqdis)?

Yahudi Zionis mempercayai bahawa dibawah tapak asal Masjidil Aqsa ujud Haykal Sulaiman, atau "kuil Sulaiman"; atau "Istana Nabi Sulaiman". Nabi Sulaiman, dan ayahnya Nabi Daud, adalah Nabi yang menjadi pemerintah dan membentuk sebuah Kerajaan. Sebab itu bendera Yahudi Zionis ada bintang berbucu 6, itu adalah lambang Kerajaan Nabi Daud (mengikut kepercayaan Yahudi Zionis). Mereka percaya bahawa Kerajaan rejim pemerintah "Messiah" yang ditunggu mereka ini akan memerintah daripada "haykal Sulaiman' ini bila dia diturunkan nanti. Dan mereka percaya "Messiah" ini akan memimpin mereka menguasai dan memerintah dunia. Sebab itu slogan mereka sekarang ialah "Israel 4 All", "New Order", "One World" dan lain-lain.

Sebab itu apa juga kutukan dan kritikan dunia, Yahudi Zionis tidak akan melepaskan Masjidil Aqsa, mahupun Baitul Maqdis. Jika mereka tidak menguasai Al Aqsa, bagaimana "messiah", "penyelamat" mereka akan turun. Kerana mereka percaya tapak pemerintahan"messiah" mereka letaknya di Masjid Al Aqsa.

Sebab itulah mereka perlu perdayakan umat Islam, dan dunia, bahawa Masjid Al-Marwan dimana terletaknya "Kubah As Sakhrah" adalah Masjid Al Aqsa. Gambar kubah emas sering ditonjolkan sinonim dengan Baitul Maqdis. Maka umat Islam, dan dunia sering menumpu kepada Kubah As Sakhrah. Malah rejim Yahudi Zionis begitu menjaga dan memastikan agar Kubah As-Sakhrah sentiasa cantik dan terpelihara.

Kerana apa? Supaya umat Islam dan dunia tidak memberi tumpuan kepada Masjid Al Aqsa yang sebenarnya. Dengan cara licik itu, rejim Yahudi Zionis ini menjalankan kegiatan merobohkan Masjid Al Aqsa yang asli, sedikit demi sedikit. Ini semua sebagai persediaan mereka menerima kedatangan "messiah", "penyelamat" mereka. Tapak pemerintahan "haykal Sulaiman" mesti disiapkan.

Sebab itu kita umat Islam wajib sedar bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al Aqsa adalah satu kewajipan tiap individu umat Islam. Rejim Yahudi Zionis akan tetap bersikap rakus dan biaDAP merampok dan merampas Masjidil Aqsa. Pembebasan Masjid Al Aqsa janganlah dibebankan hanya kepada umat Falastin. Ia tanggungjawab semua dan tiap seorang individu Muslim.

Hari ini 27 Rejab, hari dimana Rasulullah saw melalui peristiwa Isro' wal Mi'raj, dimana Rasulullah saw diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang tercatat didalam Al Quran surah Al Isra': 1. Tarikh yang sama juga mencatat peristiwa bersejarah pembebasan Al Aqsa oleh Sultan Salahuddin. Rasional daripada peristiwa ini ialah perjuangan Islam memerlukan keyakinan 100% kepada ALLAH swt; sebagaimana yakinnya Rasullah saw kepada ALLAH. Lihat kejayaan Sultan Salahuddin yang berjaya menebus maruah Islam tanpa bersekongkol dengan kafir, tetapi meletakkan keyakinan 100% kepada ketentuan ALLAH swt, dan bergantung kepada tentera yang mempunyai hablum-minallah, hablum-minannas yang baik. Mereka yang menjaga tahajjud, dan memelihara sunnah sekecil bersiwak.

Alhamdulillah teman berkesempatan bersama dengan umat Falastin bulan Ramadhan tahun lepas. Teman dapat lihat, didalam segala kepayahan dan kesulitan, namun semangat juang mereka sangat tinggi. Semasa kami menziarahi seorang pejuang yang ditemui dihospital, dengan kedua tangan dan kaki kudung angkara rejim Zionis Israel, kami cuba menghulurkan sedikit bantuan. Namun beliau menolak dengan baik, dan meminta kami memberikan sumbangan itu kepada orang lain yang mungkin lebih memerlukan. Teman bertemu beberapa kanak-kanak kecil Falastin; dan sambil bersembang teman tanya tak takutkah mereka dengan kereta kebal rejim Yahudi Zionis yang terletak tidak jauh dari mereka. Dengan penuh keyakinan mereka menjawab "al-jannah, al-jannah". Itu syurga kami, itu syurga kami. Bagi mereka, melontar kereta kebal itu dengan batu, dan jika ditaqdirkan dibunuh oleh rejim Yahudi Zionis ini adalah jalan ke syurga!!!

ALLAH hu akbar..ALLAH hu akbar..ALLAH huakbar..walillah hilhamd. La ila haillallah huwala na'buduu illa iyya humukhlisin nalahuddeen, walau karihal musyrikuun, walau karihal kaafirun, walau karihal munaafiquun. La ila ha illallah huwahdah, sodaka wa'dah, wanaso ra 'abdah, wa a 'azzajundahuu wahazamal ahzabawahdah. ALLAH Maha Besar. Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, kami ikhlas mengabdikan diri kepada ALLAH, walau tidak disukai kaum musyrikun, kaafirun dan munafiqun. ALLAH adalah benar, ALLAH akan membantu kita, sebagaimana ALLAH membantu kita mengalahkan kafir yang bersekutu!

Janganlah kita terus tertipu dengan mainan politik Yahudi Zionis ini, dan janganlah kita terus tertipu dengan mainan politik yang berteraskan kepada pembohongan, putarbelit hanya kerana mahukan kekuasaan dan pemerintahan, sebagaimana yang dilakukan oleh rejim Yahudi Zionis

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

27 Rejab 1432

29 Jun 2011

sumber : http://zul4kulim.blogspot.com/2011/06/free-al-aqsa.html

Tuesday, May 24, 2011

Pengalaman Berharga Seorang Ayah

Banyak yang kita boleh pelajari sebagai seorang ayah.Ada yang akan sanggup buat dan ada yang akan menolak dengan pantas.Antaranya adalah mencuci "berak" anak.Aku pun pada mulanya terasa geli juga nak tolong isteri cuci berak anak.Tapi bila melihat isteri penat menjaga anak,aku membiasakan diri mencuci berak anak.Ternyata memang agak geli mula-mula,namun lama-kelamaan menjadi kebiasaan dah.Afif pun selalu gelak suka sangat bila aku yang cuci.(pasal kalau ibu yang buat,nakal dah tentu kena marah).

Pengalaman kedua ialah menjaga anak ketika isteri tidur kepenatan.Memang kita sebagai seorang ayah pun penat bekerja.Namun apa sangat penat tue kalau dibandingkan penat seorang isteri menjaga anak.Sebab itu selalunya anak akan aku jaga apabila isteri penat tertidur.Kekadang malam-malam pun anak nak tidur atas aku.Atas tilam pun selalu berputar berpusing jer anak tersayang aku buat hal sebelum tidur.Puas kena pujuk baru tidur.

Pengalaman mandi dengan anak pun cukup menarik.Memang bagus kalau kita amalkan mandi dengan anak.Orang Jepun pun biasa mandi dengan anak.Kita boleh amal,cuma ikut hukum agama la.Tutup aurat semua.Semalam aku mandi anak,suka dia pasal aku bagi meniarap atas lantai sambil siram air ke badan dia.Sakan Afif tepuk-tepuk air.Last sekali nak angkat balik pun payah dah.Puas pujuk.Kalau tak siap merajuk lagi.Makin besar sekarang makin manja dan agak nakal Afif ni.Makin bijak main dengan ibu ayah.Terhibur satu rumah dengan keletahnya.

Thursday, May 12, 2011

Kasih Seorang Anak


Anakku Muhammad Afif Zakwan kini sudah mencapai umur yang mempamerkan bibit kebijaksaannya. Sungguh gembira seluruh keluarga menyaksikan perkembangannya. Dalam kenakalannya penuh kasih sayangnya.

Setiap tengahari Afif akan setia menanti kepulangan ayahnya di muka pintu. Apabila jam menunjukkan pukul 1 petang ke atas,Afif akan menanti di depan setiap kali kedengaran bunyi pintu dibuka. Hanya jika diberitahu oleh ibu,bukan ayahnya yang pulang barulah akan kembali bermain semula. Jika ayah yang dinanti muncul dibalik pintu,sehabis manis senyuman akan diberikan. Ayah diterpa, kaki dipeluk minta di dukung. Hatta hampir tertidur pun akan dilupakan niat untuk tidur apabila ayah pulang. Akan diekori ayah kemana saja.

Semalam saja dibawa Afif berjalan-jalan ke Tesco Mergong untuk berjalan-jalan, sambil membeli pampersnya. Gembira sungguh Afif apabila dibawa berjalan-jalan. Sampai di Tesco terus menunjukkan kemanjaannya. Minta ayah mendukungnya, apabila ibu cuba mengambil dari dukungan ayah lantas di tolak tangan ibu. Enggan didukung oleh ibu. Tersenyum sambil mengeleng ibu melihat keletah si Afif.

Minat Afif pun nampak dah pelbagai. Dulu hanya nampak berminat pada "montaj" di TV yang kelihatan ceria dan rancak. Kini nampak lebih berminat pada rancangan yang melibatkan kanak-kanak. Leka sungguh dia, yang peliknya apabila "Imam Muda" ke udara pun akan ditatap dengan penuh minat. Apabila dipanggil pun tak di hirau. Apatah lagi kalau lagu opening "Seribu Kali Cinta Marshanda" ke udara. Terus di tinggalkan apa di buat dan terus ke depan TV untuk mendengar.

Gembira sungguh Afif apabila dibawa mandi didalam sinki. Melompat sambil menjerit saja kerja. Terpaksa pegang dengan kuat takut terlepas. Ada tika menangis tidak puas hati apabila dibawa keluar dari sinki. Makin lama makin jelas gigi 2 batang yang tumbuh tu. Comel saja kelihatan. Merangkak pun makin laju. Tapi dah mula memanjat pula. Dah yakin pula berdiri atas lutut sambil melepas tangan tak pegang apa-apa. Takut sungguh terjatuh. Makin lasak jadinya. Sesungguhnya aku bersyukur pada mu Tuhan.

Friday, May 6, 2011

Muhammad Afif Zakwan yang makin nakal.

video
Semalam entah kenapa cergas betul Si Afif.Mulut ibarat bertih jagung.Main tanpa berhenti.Pergi dapur dengan tok abah dan maktok sampai ke depan dengar Afif gelak bagai nak rak.Masuk dalam bilik nak tidur pun sempat main sakan.Sampai maktok geleng kepala kerana sampai semua orang dengar suara Afif gelak dari dalam bilik.Ketawa sungguh-sungguh.Sejak boleh merangkak dan tumbuh gigi,makin lasak dan nakal jadinya.

Wednesday, April 27, 2011

Muhammad Afif Zakwan kini 8 bulan.


Esok Afif akan masuk umur 8 bulan,sungguh cepatnya masa berjalan.Banyak sungguh perkembangan yang telah berlaku.Teletah pun makin nakal dan bijak.Nak berengang pun dah payah.Sentiasa nak bermanja.Kalau di rumah si Afif ni pandai sungguh berdikari main sendiri,sesekali ajak ibu dan ayah main sekali.Namun apabila balik ke rumah maktoknya,manjanya tuhan jer tahu.Sentiasa nak didukung,terutama sekali nak tok abah dia dukung.Nampak tok abah jer terus mengepak tangan,tersenyum jer.Bila dah didukung,tertawa gembira siap bertepuk-tepuk lagi bahu tok abah.Gembira sungguh si Afif.


Afif sekarang pun dah pandai merangkak.Setiap pelusuk rumah telah dijelajah.Puas kena kutip.Pantang leka dah hilang.Apatah kalau nak "walker" dia.Laju jer meluncur.Macam F1 jer,habih luka-luka kaki ibu ayah Afif langgar.Gusi pun dah macam nak tumbuh gigi dah.Paling Afif suka kalau ayah ajak Afif kacau ibu,cepat jer datang.Sambil tersenyum bersubahat dengan ayah mengacau ibu.Ibu pun dah makin tak larat jaga Afif.Kekadang ayah yang kena dodoi bagi Afif tidur pasal ibu dah tertidur penat.Cuci Afif berak pun ayah kena buat juga.Nasib ayah sayang Afif.Mulut Afif pun sibuk nak makan semua yang ayah nak.Aiskrim pun dah pandai hisap,tapi takleh sangat nanti batuk pulak.

Thursday, April 14, 2011

Si Anak Manja

Pagi tadi lepas je aku mandi tetiba dengar suara anak kesayangan menangis taknak minum susu.Asyik cuba nak lari dari ibu dia.Ibu dia dah marah-marah dah masa tu.Bila tengok si Afif lari ke arah aku nagis-nagis,aku pun tak jadi pakai baju dukung la dia dulu.Terus senyap.Rupanya bangun pagi nak manja dengan ayah.Pujuk-pujuk baru bagi balik dekat ibu dia,baru nak minum susu.Siap jer pakai pakai baju ambik dukung balik.Melonjak-lonjak suka si Afif.Senyum lebar jer.Ibu lak marah-marah cakap jangan nak manja sangat ayah nak ke sekolah dah.Aku letak kejab nak pakai stokin pun dah nangis.Muka sedih jer bila tengok aku keluar rumah gi sekolah.

Semalam nak tidur pun sempat gak lari dari ibu dia.Sembam muka kat pipi aku,tertidur la kejab dia sebelum ubah bagi baring elok-elok.Tepuk-tepuk dodoi baru tido.

Wednesday, April 13, 2011

Apabila Guru Menjadi Pembunuh 2

Terkejut aku bila mengetahui murid yang menjadi korban baru Tahun 1.Demi Allah,mati-mati aku ingat budak sekolah menengah.Terharu bila tengok gambar dalam berita mengenai murid tersebut.Subhanallah,kenapalah guru itu tergamak berbuat demikian.Tak ingat Allah ke?Aku pun ajar Tahun 1,nak soal siasat bukan macam tu,Tahun 1 kalau gertak sikit pun dah takut,tak perlu nak pukul-pukul.Lagipun Tahun 1 bukan tahu berfikir secara rasional lagi pun.Mereka tak tahu lagi hukum hakam.Berapa sangatlah duit yang diambil?Perompak bank,pencuri kereta mati dalam tahanan polis pun pembangkang sibuk protes menuntut keadilan kepada si mati.Inikan pula anak kecil tidak berdosa mati dipukul gurunya (ahli parti pembangkang).Kenapa tidak diprotes menuntut keadilan serata negara?Adakah kerana kejadian kini kena batang hidung sendiri?

Apakah mereka rela jika perkara ini terjadi pada anak mereka?Bagaimana pula reaksi mereka jika perkara ini terjadi di sekolah kerajaan pusat?Kesian pada anak yang tidak berdosa.Ikut hati yang marah,naluri bapa ini,patutnya guru itu dicincangkan diberi makan pada buaya saja.

Perang Dunia vs Perang Dingin di Kuarters Bukit Pinang 2.

Aduh orang lain yang bergaduh,aku pulak yang menanggung tempiasnya.Silap-silap aku pulak yang mengamuk nanti.Bayangkanlah semalam dalam perjalanan ke sekolah aku terdengar bunyi pintu dihempas 2 kali.Sampai je bilik guru,biniku dah SMS mengadu rumah atas hempas-hempas pintu.Lepas tu si isteri tingkat atas (yang berjangkit perangai si suami dan menghempas pintu tadi) dengan sengaja "press" minyak moto dia depan rumah.Sampai terjaga tidur anak aku.

Malam pulak dalam pukul 10 (mata pun dah lali), polis pula telefon aku minta statement.Kononnya tingkat atas mengadu orang hempas-hempas pintu bagi dia sakit hati.Aku pun bagitau "Mana saya tau,taktau la pasal orang lain hempas-hempas pintu nak bagi dia sakit hati".Aku siap terangkan lagi.Setiap pintu utama rumah semua ada spring atas pintu yang biasa ada di pejabat tu.Jadi biasalah pintu aku terhempas sendiri tanpa sengaja.Angin pun kuat,kekadang pintu rumah aku pun tertutup sendiri dengan kuat.Budak-budak pun kekadang tutup pintu kuat.So perkara biasa la tu.

Last-last baru aku paham kenapa ramai pesan,kalau isteri duduk sorang suruh kunci elok-elok pintu.Selama ini aku selalu nampak dia pakai tuala berkeliaran kat luar rumah di tingkat atas.Rupanya dalam rumah langsung dia tak pakai apa.Ada yang ternampak masa naik atas.Subhanallah.Terkejut aku.Baru aku paham kenapa yang lain pesan macam tu.Kenapalah dia macam tu,anak dah 4,umur layak jadi tetamu tetap masjid dah,isteri pun ustazah,anak-anak pakai songkok tudung labih pergi sekolah,tapi bapak...hai,pening aku.

Thursday, April 7, 2011

Telur Palsu!

Masya-Allah telur pun boleh ada palsu.Hebat sungguh negara China ni dalam menciplak barang.

Utusan Malaysia Online - Forum

Ragam Anakku 4

Kini Muhammad Afif Zakwan sejak semakin besar sudah pandai merajuk dan mengamuk.Bila dihalang buat apa yang dia nak,dah pandai bentak-bentak kaki.Kalau tengah naik walker akan bentak kaki sambil laju mengundur sambil menjerit-jerit nangis.Air mata jangan kira la.Keluar mengalir sambil merajuk.Kalau dulu si Afif tengok jer orang mandi,sekarang dah pandai main air.Habis air yang diisi dalam baldi yang diletakkan depan pintu untuk halang dia masuk dalam bilik air,ditepuk-tepuk sampai habis basah walker dan muka.Tersenyum tersengih bila dapat main air.Kalau dihalang,akibatnya merajuklah sakan.Nak halang kenalah pujuk cakap lembut-lembut barulah boleh ambik apa yang si Afif pegang.

Wednesday, April 6, 2011

Apabila Guru Menjadi Pembunuh

Sedih bila mendengar berita bagaimana seorang murid dihukum dengan begitu kejam hanya atas kesalahan mencuri.Tambah mengecewakan apabila kejadian tersebut berlaku di sekolah agama.Kini murid tersebut telah kembali ke rahmahtullah meyahut panggilan Ilahi.Tidakkah rasa bersalah terlintas dihati guru tersebut.Besar sangatkan kesalahan murid tersebut hingga perlu dihukum sedemikian hingga nmembawa ke ajalnya.Bagaimana perasaan guru tersebut jika kejadian itu berlaku pada anak atau saudaranya.Mengapakah kes ini selalu kedengaran di sekolah-sekolah agama.Murid yang meninggal sedikit masa dulu akibat dibuli juga berlaku di sekolah agama.Bagaimana mereka yang mendalami agama boleh bersikap sedemikian.Tidak ingatkah mereka pada Allah SWT ketika menjatuhkan hukuman.Masya-Allah.Inilah terjadi apabila fikiran dikuasai syaitan.Pihak sekolah perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian ini.

Guru ini wajar disabitkan dengan hukuman membunuh,dengan niat atau tanpa niat.Tanpa niat patutnya dpenjara sampai mati.Dengan niat bersedialah ke tali gantung.Pihak pengurusan sekolah persendirian sepatutnya lebih berhati-hati didalam pemilihan guru mereka.PAS Perlis perlu bertanggungjawab memandangkan sekolah ini dibawah pengurusan mereka.Minta maaf masih tidak mencukupi memandangkan nyawa telah melayang.Ini kerana jika kejadian ini berlaku di sekolah harian di bawah pengurusan kerajaan persekutuan,pasti mereka akan memperjuangkan isu ini habis-habisan dan akan dipolitikkan.Jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab sepertimana minta daripada kerajaan persekutuan apabila perkara ini berlaku di Sekolah Kebangsaan.

Monday, April 4, 2011

Penampar Melayang

Tahun ini merupakan tahun ketiga aku bergelar seorang guru.Kenangan yang tak boleh aku lupakan ketika praktikal dulu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan, Perak ialah menampar seorang murid.Murid ni memang sejak dari mula aku masuk kek kelasnya sentiasa mencabar kesabaran aku.Akibatnya dalam minggu terakhir praktikal,aku betul-betul hilang sabar dan penampar pun melayang kerana kekurang-ajarannya.

Kini selepas 3 tahun berlalu,sekali lagi kejadian berulang.Kali 2 pelajar yang kena.Murid ni dari kelas yang aku ajar dan aku juga merupakan guru kelas itu.Kelas ini memang merupakan kelas yang paling bermasaalah bagi Tahun 6.Hari ini semasa kelas yang memakan 90 minit,dua murid ini sentiasa menganggu sessi pengajaran dan pembelajaran.Ini bukan kali pertama.Sepanjang 60 minit pertama teguran-teguran diberikan.

Namun mereka masih menganggu sessi pengajaran dan pembelajaran.Akhirnya kesabaran aku terus hilang.Ditambah pula dengan kelas yang hingar bingar.Terus aku ke meja mereka dan penampar pun melayang.Selepas kena barulah mereka tahu untuk diam,namun masih lagi menganggu secara tersembunyi.Namun yang ketara selepas penampar melayang barulah kelas sunyi sepi tanpa gangguan.

Aku pun taknak penampar melayang,namun apabila kesabaran sentiasa diuji dan dicabar,tindakan tepaksa diambil.Kesabaran manusia pun ada batasnya.

Sunday, April 3, 2011

Ragam Anak Zaman Siber.


Kanak-kanak zaman sekarang amat moden dan maju ke depan berbanding zaman kita.Dunia mereka menuntut mereka lebih maju daripadak kita dari segi ilmu pengetahuan didalam pelbagai bidang.Kehendak mereka juga tinggi jika dibandingkan dengan kita.Banyak sungguh perbezaan dari segi keperluan asas,apa dipelajari bahkan makanan mereka.Kanak-kanak sekarang walaupun baru setahun jagung pengetahuan didalam teknologi amatlah tinggi.Sebagai contoh anak adik perempuan aku ini,Wan Nur Irdina Bt Wan Azlan walaupun baru Tahun 1 sudah pandai meminta ibunya membelikan telefon bimbit.Jika ditanya kenapa perlu telefon bimbit,pantas dijawab ada telefon bimbit senang sikit nak telefon ibunya supaya cepat datang ambik dia di sekolah.Senang nak bagitau kalau lambat sikit balik.Kalau ditengok kebolehan menggunakan telefon bimbit memang cukup cekap.Dah pandai membuat panggilan,merakam video dan menangkap gambar.

Zaman anak aku nanti entahlah.Apa la pula bakal diminta oleh Muhammad Afif Zakwan Bin Ahmad Fadli.

Perang Dunia vs Perang Dingin di Kuarters Bukit Pinang.

Suasana kuaters tempat aku tinggal memang damai dan menyegarkan.Memandangkan ia terletak di tempat agak pendalaman menjadikannya agak tenang dan damai.Ditambah lagi apabila berhadapan dengan Bukit Pinang,udara setiap pagi amat menyegarkan.Waktu petang angin memang menyejukkan.Malamnya juga amat menyejukkan.Tiap pagi berkabus jer.

Tapi rupanya ada peperangan yang berlaku tanpa pengetahuan aku.Penghuni tingkat 3 blok dimana aku tinggal berperang dengan hampir semua masyarakat sekeliling.Puncanya orang bagitahu aku,anak sulung dia selalu bergaduh namun jadi masalah bila bapanya akan masuk campur dan menyerang orang lain pula.Inilah akibat apabila ibubapa cuba masuk campur urusan anak-anak yang terlalu remeh.Biasalah budak lelaki bergaduh,asalkan jangan berbunuhan sudah.

Si bapa dikatakan ditukarkan dari Kulim ke Alor Star kerana masalah disiplin,namun aku tengok selama aku duduk di kuarters tak pernah sekali aku nampak dia ke sekolah.Rupa-rupanya dia ponteng kerja dah hampir setahun.Ish tak malu ker makan rezeki haram?Yang peliknya isteri ustazah,takkan tak nasihat suami dan malu suami makan gaji haram?

Tapi yang paling mengecewakan apabila si bapa ni suka mengeluarkan kata kesat dan lucah apabila bergaduh.Yang peliknya dia lebih suka mencari gaduh dengan isteri orang,senang cerita dia lebih suka bergaduh dengan perempuan.Bacul sungguh.Nak jadi cerita,pada bulan lepas akibat terlalu lama bersabar suami kepada perempuan di tingkat bawah yang selalu menjadi mangsa kata nista dia terus meletup.

Berkejar dia balik dari kem tentera apabila mengetahui si bacul ini menganggu isterinya di rumah.Yang menjadi dasar bacul nya dia langsung tak berani turun kebawah apabila dicabar oleh suami perempuan yang menjadi mangsa.Dia hanya berani berkokok dari rumahnya.Penuh orang menonton,siap datang polis lagi.

Kini akibat takut dengan sikap bacul dan krang ajarnya,dia bersikap seperti orang hilang akal pula.Orang letak penyapu diluar rumah,dia buat report polis cakap orang nak pukul anak dia.Orang batuk kat rumah dia buat report polis cakap orang sindir dia.Orang sembang ramai-ramai gelak-gelak dia buat report polis cakap orang gelakkan dia.Yang jadi bangangnya polis layan dia pulak.Siap datang nasihat jiran-jiran yang lain.

Yang paling kecewa ialah sikap PPD dan JPN dalam hal ini.Seluruh warga kuarters telah menghantar memorandum meminta pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan,namun tiada tindakan lagi.Pelbagai report polis juga telah dibuat kerana ancaman yang sering dia lakukan namun pihak PPD dan JPN masih lagi lambat mengambil tindakan.Nak tunggu sampai ada yang berbunuhan bari tindakan diambil ker?

Friday, April 1, 2011

Ragam Anakku 3

Puteraku,Muhammad Afif Zakwan kini telah mencapai umur 7 bulan.Umur yang cukup mempamerkan sikapnya yang tersendiri.Rumahku kini makin gamat dengan keletah anakku ini.Semakin banyak perhatian kini diberikan padanya demi memastikan keselamatannya dirumah,memandangkan kini puteraku telah mula menjelajah rumah.Kepala pun dah benjol sekali terhantuk dekat mana ntah.Yang peliknya nangis pun tak,sampai sekarang jadi misteri kat mana terhantuk kepala.

Manjanya pun makin jadi.Ada masa takleh berpisah langsung dengan aku.Nak ke tandas pun kekadang puteraku menangis nak ikut.Aku mandi sekarang ni pun terpaksa buka pintu bagi Afif tengok.Mandi sambil sembang dengan anak.Naik walker pun makin laju.Macam pelumba F1 jer.Gelak tawa pun makin lebar.

video

Thursday, March 31, 2011

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Fatwa yang dipetik dari laman web rasmi Majlis Fatwa Malaysia

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English):

The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day

Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.

Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.

Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Jangan Jadi Bodoh Sempena April's Fool

Esok akan tiba hari dimana serata dunia menantikannya.Ramai orang akan menyambut,termasuklah umat Islam di Malaysia.Namun umat Islam di Malaysia sedarkah apa asal-usulnya April's Fool dan hukum menyambutnya mengikut Islam.Disini adalah artikel yang aku petik daripada sumber tertentu :


"April Fool's Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak keesokan harinya (1 APRIL). Mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di seluruh dunia."


Jika itulah sejarah awal sambutan April's Fool,sedarkah kita bahawa April's Fool ialah upacara yang mengenang pembunuhan beramai-ramai umat Islam.Jadi umat Islam yang menyambut April's Fool sebenarnya meraikan upacara meraikan pembunuhan saudara sesama Islam.Jadi fikirkanlah apa hukum kita menyambut April's Fool.Halal?Harus?Makruh?Haram?

Lagipun tidakkah berdosa kita mempermainkan dan menyusahkan orang atas alasan untuk berjenaka?

Fikirkanlah wahai umat Islam.Janganlah jadi bodoh esok sempena nak menyambut April's Fool.Hanya mereka yang bodoh (Fool) saja akan menyambut April's Fool.Masya-Allah.

Poco-Poco Is Haram...finally!


Isu ini merupakan isu yang aku sentiasa ternanti-nanti bila fatwa akan dikeluarkan.Sejak tahun 2008 lagi aku pernah terbaca artikel yang menerangkan poco-poco merupakan tarian yang sering ditarikan di Filipina selepas upacara di gereja.Jadi secara kesimpulannya Tarian Poco-poco ialah tarian gereja.Bahkan di analisa juga bahawa langkah-langkah tarian poco-poco seakan menyerupai langkah salib ataupun "cross".Lagipun tarian ini diiringi oleh lagu dalam bahasa Filipina yang entah apa maksudnya.Sejak itu aku tak berminat untuk mengikuti kegilaan menari tarian yang mengarut ini (actually i hate dancing.hehehe).

Alasan tarian poco-poco diperkenalkan ialah atas alasan senaman.Banyak lagi tarian tradisional di Malaysia.Jadi kenapa perlu tarian luar pula.So tak perlu lah lagi nak berpoco-poco.Tahniah kepada Mufti Perak kerana berani mengeluarkan fatwa tersebut.

Tuesday, March 29, 2011

Sinar Cahaya Ayat Kerusi


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ...

Ragam Anakku 2

Anak sulungku,Muhammad Afif Zakwan seolah-olah sudah mengetahui pukul berapa sepatutnya aku sampai ke rumah dari sekolah.Biasanya aku sampai ke rumah dalam pukul 1.30 petang.Sebaik saja aku buka pintu terus terlihat Afif tersenyum menyambut kepulangan aku.Terus akan menerpa kearah aku,minta didukung.Jika diatas "walker"nya,aku terus mengekori aku kemana saja.

Semalam aku balik sedikit lewat kerana sibuk menyiapkan data markah peperiksaan Tahun 6 untuk dihantar ke PPD.Sibuk isteri aku menghantar SMS minta aku cepat balik kerana si Afif dah mula mengamuk.Sampai saja kerumah terus aku mendengar suaranya tengah mengamuk.Tapi apabila aku buka saja pintu terus tersenyum melihat aku.Terus berhenti mengamuk dan menangis.

Seperti tiada apa-apa terus dengan rutin hariannya,minta didukung dan terus mengekori aku masuk ke bilik menukar baju.Kesian pula melihat mata yang berkaca-kaca dengan airmata kesan mengamuk sebelum itu.Isteri aku kata mungkin sebab aku balik lewat dari biasa membuatkan si Afif mengamuk.Mungkin si Afif dah penat menanti aku pulang dari sekolah.Tiada yang mustahil memandangkan kini Muhammad Afif Zakwan sudah berusia 7 bulan.Dah cukup besar untuk memahami erti kasih sayang.

Sunday, March 27, 2011

Anak Ayah

Kita sentiasa dihidangkan dengan peribahasa berbunyi "Bapa Borek Anak Rintik".Semua orang tahu apa maksudnya tapi ada juga yang meragui kebenaran peribahasa tersebut.Apakah mungkin anak kita mewarisi sikap kita walaupun tanpa kita ajar.Bolehkah sikap tersebut diwarisi melalui genetik?

Melalui anak sulungku,aku dapat melihat peribahasa tersebut mempunyai kebenarannya.Banyak sikap dan perilaku anak sulungku sama macam tabiat harian aku.Kata-kata rakan membuatkan aku tersedar ada yang diwarisi oleh anakku.Seperti renungan mata anakku ini jelas bersamaan dengan renungan aku.

Selain daripada itu,anakku juga sering menguap dengan sebelah mata hampir tertutup(jelas sekali sama dengan aku).Puteraku juga apabila mengeliat badannya aku melengkung habis dimana turut sama seperti aku.Namun satu perkara yang aku berharap tabiat anakku ini mengikuti aku ialah minatnya pada buku.Apabila dia mengamuk sakan namun apabila dihulurkan buku terus diam dan tersenyum.Sungguh leka dan khusyuk meneliti buku.Aku sungguh berharap apabila puteraku besar,dia akan menaruh minat yang mendalam untuk membaca buku.

Pendek kata,banyak sikap yang anak kita lakukan adalah hasil warisan daripada kita.Yang jelas telah tertulis didalam DNA dia hasil dari kita suami isteri.Moga-moga aoa yang diwarisi adalah yang terbaik saja dan positif saja.Insya-allah.

Wednesday, March 23, 2011

Banjir Kilat

Petang semalam ketika malas sungguh nak gi ko-kurikulum disekolah waktu petang,selamba jer doa bagilah hujan.Tengok-tengok tuhan makbulkan doa.Hujan turun mencurah-curah.Lebat sungguh.Dari pukul 4.30 petang sampai 6.00 petang.

Sekali tengok air mencurah-curah turun dari bukit berhadapan dengan rumah.Penuh jalan dengan air berwarna merah (air tanah merah dari bukit).Last-last risau tengok kereta.Takut tenggelam.Nasib baik tayar jer kena,tu pun sikit.Tapi tak sangka hujan lebat sikit jer kat bukit,air mencurah naik.Kalau musim banjir mesti terkepung punya rumah aku.

Monday, February 21, 2011

Kenangan SK Sedili Besar

Kini hampir 2 bulan aku bertugas di SK Bukit Pinang, Alor Star.Sudah 3 bulan aku meninggalkan bumi Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.Sudah 3 bulan aku tidak bertemu rakan taulan serta sahabat juga anak-anak tersayang yang telah aku tinggalkan di bumi Sedili.

Kenangan di SK Sedili Besar terlalu banyak aku tinggalkan.Kenangan yang paling aku tak lupakan ialah kenangan di Malam Perpisahan Tahun 6.Tak sangka malam itu juga merupakan malam perpisahan kecil untukku.Tak dapat aku mengawal perasaan ketika itu,hanya mampu menahan deraian airmata saja.Sedih melihat muka anak-anak tersayang yang bakal ku tinggalkan.

Di penghujung majlis emosi ku hancur terus.Tatkala berpelukan dengan sahabatku, Mohd Zawawi dan Abg Lie hanya airmata yang keluar.Terharu bila melihat sahabat menitiskan airmata kesedihan apabila terpaksa berpisah.Hanya diharapkan talian silaturrahim akan terus berkekalan.

Memandangkan tempoh masa bersama semakin singkat,setiap masa dilalui dengan sepenuhnya.Lawatan ke kolam renang di Tanjung Balau turut dituruti.Segala masa dilalui bersama amatlah berharga.Hinggalah ke Jamuan Malam Perpisahan rasmi di JB Catering, Johor Bahru turut dikenang.Walaupun majlis bukan ibarat fiesta namun kenangan amatlah berharga.

Kepada SK Sedili Besar terima kasih diatas segalanya,kepada sahabat-sahabat yang aku tinggalkan SK Sedili Besar dan SK Sempang semoga ikatan silaturrahim kita akan terus berkekalan.Pintu rumahku sentiasa terbuka menyambut kehadiran kalian.Insya-allah.

Salam Terakhir (Sudirman)



Salah satu lagu Arwah yang terlalu menyentuh kalbu dan emosi.Entah kenapa hati sering rasa sedih seolah ingin mengalirkan airmata apabila mendengar lagu ini.

PS:Andai diri ini pernah bersalah dan berdosa pada sesiapa,dengan rendah diri hamba Allah ini memohon seribu kemaafan.

Sunday, February 20, 2011

Ragam Anakku

Kini umur anakku sudah hampir mencapai 6 bulan.Sudah besar putera kesayanganku.Sudah penuh kasih sayang aku dan isteri tumpahkan padanya.Sungguh tenang hidupku melihat anakku membesar.

Kini semakin penat kami berdua.Makin lasak si Afif ni.Menyulur pun dah merata tempat.Asyik kena kutip saja.Sekelip mata dah ada kat tempat lain.Kekadang tengah makan sambil tengok si Afif,tengok-tengok dah sampai bawah meja.

Tangan pun dah makin lenguh,asal pegang bagi berdiri jer,sibuk si Afif nak melompat.Terpaksa ambil giliran dengan isteri.Itu belum campur lagi ragam di rumah nenek dia.Manjanya melebihi dari biasa.Mentang-mentang ramai orang,manjanya menjadi-jadi.Seronok Tok Abah nya melayan ragam si Afif.

Maktok pula berjanji nak beli "walker".Tak lama puas la mengejar si Afif ni pulak.Tak sabar menanti puteraku pandai merangkak dan berjalan.Walaupun akan bertambah penat mengejar dan mengasuh,namun untuk anak tersayang..apa pun takpe.Asalkan membesar menjadi insan yang berguna didunia dan akhirat.Sesuai dengan namanya; Muhammad Afif Zakwan Bin Ahmad Fadli

Hukum Menghisap Shisha

Entah kenapa aku melihat aksi di Buletin Utama aksi mereka yang menghisap shisha dengan khusyuk,terasa macam ada tak kena.Apatah lagi menlihat aksi para wanita asyik menghisap dan menghembuskan asap ibarat naga.Terasa jelik kelihatan.

Sibuk disuarakan langkah ingin mengharamkannya.Jika dilihat dari hasil kajian yang mengatakan Shisha adalah 400 kali lebih merbahaya dari menghisap rokok.Jika kita memegang kepada hasil kajian tersebut,maka dengan mudahnya kita boleh menghukumkan menghisap Shisha adalah haram.Jika menghisap rokok sudah dihukumkan haram,maka menghisap sesuatu yang 400 kali lebih merbahaya sudah tentu hukumnya haram juga.

Fikirkanlah,tiada kebaikan yang kita dapat dari menghisapnya.Jika menghisap dadah kita panggil penagih dadah,dimana rokok dan shisha mempunyai elemen dadah juga,tidak bolehkan kita mengelar mereka penagih rokok dan penagih shisha juga?

Lagipun dari membazir menghisap makanan jin iaitu asap (nak jadi jin ker kita ni?) adalah lebih baik duit itu digunakan untuk kebaikan.Bagi anak bini makan ker..bagi sedekah kepada fakir miskin atau anak yatim ker..derma ker Gaza or Palestin ker atau beli buku pun sudah lebih membazir secara sia-sia.Fikirkanlah..

Sunday, February 13, 2011

Utusan Malaysia Online - Forum

Inilah artikel komen pembaca yang aku sebagai guru menyirap apabila membacanya.Sungguh mencabar maruah seorang guru.Penuh dengan fakta Palsu.Ini aku petik dari laman Utusan Online,turut disertakan link dari laman web tersebut.

Guru tidak terbeban kerja

SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.(Sekolah mana ni?Macam dalam syurga pulak...aku pun nak ngajo kat sekolah tue?)

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.

Mokhtar Sabah

Keningau, Sabah.

Utusan Malaysia Online - Forum

PS : Apa komen rakan-rakan guru?

Monday, February 7, 2011

Hukum Merokok

Diperhatikan masih ramai lagi ahli jemaah masjid atau surau di merata tempat yang masih lagi tidak boleh membuang tabiat menghisap rokok. Ada yang sembahyang dengan berbekalkan kotak rokok dan `lighter` di kocek menggantikan tasbih. Sepatutnya lidah yang sering berzikir dan berdoa sudah lama meninggalkan tabiat buruk ini. Mulut berdoa jauhkan dari azab api neraka tapi mulut itu juga yang memasukkan api dan asap rokok ke dalam mulut. Sia-sia doa seumpama ini.
Oleh itu kita menyeru kepada ahli jemaah masjid/surau yang sebenarnya, jauhilah tabiat buruk ini dengan iman dan ilmu yang yakin bahawa apa yang dibuat itu adalah HARAM. ( MAKNANYA JIKA HISAP ROKOK JUGA ADALAH SALAH DAN DAPAT DOSA. APA ITU HARAM, APA ITU DOSA … KENA BELAJAR DAN FAHAM SUNGGUH. )
Di sini diperturunkan hujah dan kenyataan berdasarkan ‘Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu kita menyeru agar penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu . Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi.

Nota : Artikel ni bukan karya aku.Just dipetik untuk dikongsi bersama.Agak menarik untuk direnungi