Saturday, July 24, 2010

Suatu Kebenaran

Apabila kita dituduh melakukan sesuatu perkara yang tidak berasas dan tanpa bukti,sudah tentu hati kita akan terguris.Sedangkan kita dari masa kesemasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.Bahkan pada hakikat kualiti kerja si penuduh lah yang patut dipersoalkan,hanya kelebihannya berkata-kata dan mengampu menutup segala kelemahan.

Sudah tentu kita akan menuntut sebuah kebenaran,penjelasan kenapa tuduhan tersebut dibuat.Perjelasan amat diperlukan memandangkan nama baik kita dipersoalkan.Maruah diri dan intergriti diri menjadi pertaruhan.Sudah tentu kita akan berjuang membersihkan nama kita.

Namun apabila sudah jelas kita tersalah tuduh tanpa usul periksa,orang yang dituduh berhak menuntut kita meminta maaf selain daripada penjelasan.Namun banyak yang lebih suka menjadi insan yang hipokrit dan munafik daripada meminta maaf.Terlalu sukar mengakui kesilapan diri.

Apa yang dipinta hanyalah ucapan maaf dan bukanlah pujuk rayu.Bukan dendam dan sengketa yang dicari.Hanya kebenaran dan keadilan dituntut.Demi membersihkan maruah diri.Jadilah seorang muslim yang sejati dan bukanlah seorang hipokrit dan munafik.

Monday, July 12, 2010

Keikhlasan Sebuah Niat

Saban hari aku mula tertanya-tanya pakah niat sebenar seorang guru menjadi seorang guru.Adakah kerana itulah pekerjaan yang ditawarkan ketika itu?Adakah kerana menunaikan harapan keluarga?Adakah kerana hasrat hati yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa?Ataupun jawatan guru merupakan penyelamat dari terus menganggur?

Minta maaf apabila aku katakan kebanyakan guru adalah tergolong didalam kumpulan yang terakhir.Ataupun dari seorang yang ikhlas berubah menjadi seorang guru makan gaji selepas bertahun mengajar.Dewasa ini kita dapat lihat kepincangan didalam bidang perguruan.Guru yang membuat onar semakin banyak.Aku percaya disetiap sekolah akan ada guru yang hanya masuk ke kelas mengajar (adakalanya mengajar ibarat melepaskan batuk ditangga) tanpa memberi apa-apa sumbangan di sekolah.

Guru seperti ini akan memberi pelbagai alasan apabila diberi tugasan.Dia amat bijak mengelak dari tugasan.Apabila diberi tugasan dia akan mengabaikan tugasan dan amanah tersebut.Terjadilah kejadian anak-anak murid berkeliaran di sekolah apabila gurunya sedang melepak di kantin,padang, dan pelbagai lokasi lain sedangkan dia patutnya berada didalam kelas.Bahkan kebanyakan guru ini adalah kesayangan pihak pentadbir sekolah disebabkan kepakaran mereka berkata-kata dan mengampu pihak pentadbir.Kebanyakan masa walaupun sepatutnya mengajar mereka akana menyibukkan didalam pejabat sekolah menunjukkan merekalah guru yang sibuk.Maka terjadilah guru yang lalai,alpa dan tidak amanah didalam tugas mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pelakon-pelakon terkenal ini juga bijak berlakon dihadapan para ibubapa.Dihadapan para ibubapa,merekalah guru yang penyayang.Sedangkan kebajikan dan pendidikan anak murid itu diabaikan pada realitinya.Bahkan ada sesetengah guru akan memberi layanan yang tidak sepatutnya kepada sesetengah murid,apatah lagi kalau anak mereka sendri bersekolah di sekolah mereka mengajar.Jahat anak murid jelas dimata,jahat anak sendiri sedikit tidak dipandang.Tidakkah semua anak murid kita setaraf?Tidakkah mereka sedar mereka juga merupakan ibu dan bapa.Bagaimanakah suatu hari nanti anak-anak mereka mendapat seorang guru seperti mereka.Tuhan itu Maha Kaya.Tidakkah takut suatu hari nanti anak mereka menerima balasan akibat sikap mereka sendiri?

Sedarlah para guru.Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Adil.Didiklah anak bangsamu dengan penuh keikhlasan.Sayangilah mereka seperti darah dagingmu.Kerana mereka juga adalah anak-anakmu.Insya-Allah,tuhan akan memberkati usahamu itu.Gurulah pembina bangsa.

Tuesday, July 6, 2010

Hati Seorang Guru

Hujung minggu yang lepas telah dijalankan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Sekolah Kebangsaaan Sedili Besar.Banyak yang berlaku.Apa yang ingin diceritakan disini bukanlah perjalanan perkhemahan tersebut (dimana akan diceritakan kemudian hari), namun peristiwa-peristiwa yang menyentuh hati seorang guru.

Kisah pertama terjadi semasa Malam Pelita Hati kendalian Aku dan rakan, Zawawi Musa.Malam itu kami banyak bermain dengan perasaan dan emosi anak didik kami.Tatkala anak didikku menangis teresak-esak bahkan ada yang melolong,hati ini terasa sedih sekali.Tak sanggup rasanya melihat anak-anaknya ini menangis didepan mata.Tanpa kusedari air mataku turut mengalir.

Kisah kedua,malam pertama perkhemahan aku terpaksa pulang kerumah.Tidak sampai rasanya dihati meninggalkan isteri keseorangan dirumah.Tambahan dengan keadaanya yang tengah sarat mengandung.Namun hati ini berasa gelisah,cukup payah mata ini nak terpejam.Esok paginya ketika aku kembali ke kem perkhemahan,aku mendapat kejutan.Aku dapati salah seorang anakku telah tercedera.Mengalir airmataku apabila aku melihatnya.Apatah lagi meihat darah yang mengalir ketika aku mencuci lukanya.Ya-Allah,hati ini hancur luluh melihat anaknya sebegini rupa.

Kisah ketiga ini terjadi secara kebetulan.Malam perkhemahan yang terakhir kami guru-guru merancang sebuah suprise birthday party untuk salah seorang peserta.Kami merancang ala-ala Wakenabeb.Murid tersebut amat cemerlang disegala bidang,kami kenakannya dengan kes surat cinta.Ia menjadi menarik apabila ibubapanya pun turut sama mengenakan anaknya.Menjerit melolong dengan tangisan anak muridku apabila dikenakan.Namun apabila semakin lama,aku mula rasa bersalah.Sedih pulak tengok anakku menangis sedemikian rupa.Syukurlah semua selesai dengan selamat.

Kisah yang keempat melibatkan seorang lagi anakku di Tahun 6.Semasa masa rehat aku dapati dia cuma makan 2 ketul nugget.Apabila aku selidiki,aku dapati rupanya itu saja yang mampu dibeli dengan bekalan duit sekolahnya, yakni 40 sen.Rupanya 2 orang adiknya yang juga anak muridku juga telah ponteng sekolah kerna tiada duit sekolah.Ya-allah takkanlah sampai begitu.Puas pengusaha kantin memujuk dia agar mengambil nasi tanpa perlu membayar apa pun.Namun maruah dirinya amat kental dan tinggi,dia menolak dengan senyuman.Menangis pengusaha kantin dibuatnya.Hanya apabila aku membawa pinggan nasi berserta air ke tempat duduknya dan dengan tegas mengarahkan dia makan,barulah dengan teragak-agak tapi lapar menyentuh makanan tersebut.Apabila aku memberitahunya dikelas jika selepas ini dia tiada duit sekolah termasuklah adiknya,dengan tangisan dia memelukku apabila aku katakan bahawa aku akan membayar apa saja yang dia nak.Ya-allah,kau bantulah anakku ini.Aku bersyukur,walaupun pencapaian akademik tidaklah cemerlang namun hatinya budinya sungguh gemilang.Apabila dalam kekurangan dia tidak meminta,namun apabila lebih rezeki dia tidak lokek berkongsi.

Sesungguhnya aku bersyukur dengan pilihan aku menjadi seorang guru.