Tuesday, June 29, 2010

Why I Become A Teacher

Itu soalan yang sering rakan-rakan yang mengenali aku dengan rapat bertanyakan.Maklumlah aku ini ketika dibangku terkenal dengan kenakalannya.Guru disiplin merupakan antara guru yang rapat denganku,akibat secara mingguan dipanggil mengadap.Pelbagai masalah aku timbulkan.Seperti kata guru itu,Cikgu Mohd Puat aku hanya terselamat kerana pencapaian akademik ku yang agak cemerlang.Namun aku mula berubah sikap apabila beliau mengucapkan kata-kata tersebut. "Sampai bila awak nak bersikap macam ni,berubahlah Fadli". Kata-katanya terus menyentuh hatiku.Itulah penangan seorang Guru Disiplin dan Guru Bahasa Inggerisku di SM Seri Putera,Ipoh.Ironinya kedua-dua jawatannya juga telah aku pegang tahun lepas.

Apabila aku di UiTM Shah Alam aku begitu aktif berpersatuan.Persatuan yang merubah segalanya adalah Peers Kaunselor.Aku mula melibatkan diri didalam aktiviti kaunseling dan motivasi pelbagai bidang akademik.Aku pernah menjadi fasilitator dan penceramah pelbagai program anjuran UiTM dan Agensi Kerajaan yang lain.

Namun yang paling intensif ialah pada tahun 2004,ketika aku menjadi penceramah dan jurulatih bagi Program Motivasi Pelajar Sekolah Menengah anjuran Biro Tatanegara Putrajaya.Disitu aku melihat pelbagai masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah.

Sejak di UiTM lagi aku bercita-cita menjadi seorang pendidik.Beberapa kali aku memohon jawatan pensyarah muda bahkan tutor di pelbagai institusi pendidikan,namun gagal.Sepanjang masa itu pelbagai kerja aku lakukan.Hinggalah pada tahun 2007 ketika aku berhenti kerja,secara tiba-tiba ibu aku memberi cadangan aku mencuba peluang didalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.Aku terfikir tiada apa salahnya memandangkan bidangnya masih pendidikan.

Seperti telah ditakdirkan,aku lulus kesemua Ujian Bertulis yang dilakukan.Kemudian aku dipanggil untuk temuduga di Institut Perguruan Darulaman,Kedah.Bidang yang aku minta ialah Kursus Pengajian Inggeris.Aku masih ingat lagi soalan individu yang diberikan."Adakah anda bersetuju dengan program PPSMI".Berkat doa ibubabapa dan usaha,aku berjaya melepasinya.Ujian dan temuduga aku lalui dengan tanpa pengalaman sebelum ini,dan aku berjaya dalam percubaan yang pertama.Syukur alhamdulillah.

Aku ditawarkan Kursus Pengajian Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Ipoh,Hulu Kinta,Perak.Apa yang berlaku disana adalah satu sejarah.Dan kini,aku telah bergelar seorang guru.Namun cita-cita asal aku sebagai seorang pensyarah,tetap aku tak lupakan.Ia akan tiba masanya kelak.Insya-allah.

Monday, June 28, 2010

My Life at SK Sempang


Aku memulakan hidup sebagai warga pendidik bertepatan dengan tarikh 1 Januari 2009.Aku masih ingat kali pertama aku mendapat surat arahan lapor diri.Aku sungguh musykil apabila melihat surat itu kerana tertulis disitu alamat sekolah hanya menggunakan alamat wakil pos.Bahkan nombor telefon yang diberikan juga nombor telefon bimbit.Yang aku pasti sekolahnya terletak di Kota Tinggi,Johor.Hasil siasatan melalui sepupu aku yang 1 tahun lebih awal posting Johor Bahru,aku dapati sekolah itu tergolong didalam kategori SKM (Sekolah Kurang Murid) dimana muridnya tidak lebih dari 25 orang.Dari sepupu ku itu juga aku telah berkenalan terlebih dahulu dengan salah seorang guru disitu,Cikgu Wan Rizman.Dimana aku turut menumpang dirumahnya buat seketika sehingga aku mendapat rumah sewa yang lain.

Pada 1 Januari 2009 aku pun melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi yang pada keika itu dibuat di SK Taman Kota Jaya.Hanya beberapa hari kemudian iaitu sebelum hari pertama persekolahan aku melaporkan diri di sekolah.Tidak aku menyangka ia terletak betul-betul didalam hutan dimana tanpa rumah disekeliling.Muridnya terdiri daripada kampung yang terletak berdekatan.Dahulunya sekolah ini hanya dapat dihubungi dengan bot kerana ia sebenarnya terletak diatas sebuah pulau berhampiran kuala sungai.

Gurunya hanya pada masa itu 5 orang termasuk guru besar,seorang kerani dan seorang tukang kebun.Kantin pun tiada,guru makan dengan membayar secara bulanan kepada penyedia mnakanan RMT.Suasana pengajaran lebih banyak tertumpu kepada proses 3M dan bukannya mengejar 5A didalam UPSR.Namun sekolah ini juga merupakan Penerima Anugerah Sekolah Cemerlang 2008.

Disini aku mula belajar mempratikkan apa yang aku belajar di maktab.Hakikatnya amat berbeza sekali.Aku perlu mengubal cara pengajaran yang tersendiri.Memandangkan aku perlu mengajar pelbagai aras didalam satu kelas.Sebagai contoh satu kelas mengandungi murid Tahun 1 dan Tahun 2 bahkan murid Pra Sekolah.Aku perlu mengajar 3 aras umur yang berbeza dan tahap pembelajaran yang berbeza secara serentak.Syukur aku mampu mengajar 3 orang murid yang tidak boleh membaca hingga boleh membaca.Syukur alhamdulillah.

Banyak suka duka aku tempuhi,namun jodoh aku dengan sekolah ini amat singkat.Aku hanya bedrkhidmat selama 1 tahun.Perkahwinan aku bukan saja memberi kehidupan yang baru bahkan membawa aku ke sekolah yang baru.But that's another story.Namun semua kenangan akan tersemat dihati.

Sunday, June 27, 2010

Salah Seorang Pendidik

Dimasa sekarang kita dapat lihat keruntuhan sosial dikalangan remaja sekarang.Sebagai salah seorang warga pendidik,hatiku tergerak.Siapakah insan yang bersalah?Namun tidak dapat dinafikan warga pendidik turut menyumbang kepada masalah tersebut.Ini antara insiden yang berlaku dihadapan mataku sendiri yang membuat aku terfikir.

Insiden Pertama:Aku masih ingat ketika aku hadir ke majlis konvokesyen isteriku dahulu di Politeknik Perlis.Kejadian berlaku semasa upacara raptai.Kelihatan 2 warga pendidik politeknik tersebut duduk dengan angkuhnya ketika semua tetamu berdiri semasa lagu kebangsaan ke udara.Bahkan dengan kurang ajarnya mereka membuat lawak ketika siswa/siswi berlatih mengangkat sembah memandangkan Raja Perlis bakal hadir.Mereka dengan biadapnya mengubahnya kepada gaya sembah tokong.Sungguh memalukan memandangkan mereka sanggup menghina seorang sultan sebangsa seagama.Sungguh kurang ajar

Insiden kedua:Kejadian berlaku semasa aku sedang menjalani Kursus Induksi di Maktab ku di Perak.Ketika semua sedang berdiri menyanyikan lagu kebangsaan,sekumpulan bakal guru yang berlainan bangsa dengan ku leka bersembang bahkan ada yang sedang makan.Tidak langsung mencerminkan seorang bakal pendidik dan warganegara Malaysia.Langsung tidak menyanyikan lagu kebangsaan....Sungguh biadap

Insiden ketiga:Ini yang terbaru.Terjadi ketika aku bersama keluarga bercuti ke Taman Pertanian Bukit Cerakah,Shah Alam.Seperti kebiasaan, semua pengunjung perlu menaiki bas yang disediakan oleh pihak pengurusan taman.Ketika aku naik bersama dengan isteriku yang sarat mengandung,bas tersebut penuh dengan murid dan guru dari sekolah yang bukan dari Sekolah Kebangsaan.Tanpa rasa prihatin dan tanggungjawab tiada seorang pun dari warga sekolah tersebut menawarkan tempat duduk kepada isteriku.Mungkin kerana kami bukan dari bangsa mereka....Sungguh tidak prihatin dan pentingkan diri

Ini membuat aku terfikir..banyak yang tidak layak menjadi seorang warga Malaysia namun telah menjadi seorang pendidik.Mereka inilah yang telah merosakkan anak-anak kita.Takut aku membayangkan anakku suatu hari nanti mungkin akan dididik oleh insan yang berjiwa keji dan hina ini.Ya Allah,kau selamatkan anak bangsaku dari manusia jijik ini.

The Union of Love


Setelah bertahun-tahun berjanji setia,setelah pelbagai cubaan dan dugaan dilalui,akhirnya segala janji dimeterai.Segala penantian tiba ke saat yang dinantikan.Di Masjid Gong Guchil, Pasir Puteh, Kelantan menjadi saksi permulaan sebuah kehidupan keluarga yang baru.Perkongsian hidup diantara Ahmad Fadli Bin Mohd Fuzi bersama Norhaslini Binti Zahari. Penyatuan antara Barat dan Timur.Dengan sekali lafaz sebuah ikatan yang diredhai oleh Allah SWT telah terjalin.Hanya tuhan saja tahu perasaan kesyukuran yang melonjak di hati.Sesungguhnya hati ini bersyukur atas ketentuan Mu.1 Disember 2009 tanda sebuah lipatan sejarah bermula.

The First Chapter

Ini merupakan kali pertama aku mula berjinak-jinak dengan blog.Terlalu banyak perkara kalau ingin diceritakan pada kali pertama ini.Dari masa ke semasa, aku akan bercerita mengenai kehidupan dari sudut pandangan ku.Mungkin akan ada yang bersetuju dan mungkin akan menolak.Namun setiap manusia dianugerahkan oleh tuhan, minda untuk mentafsir apa itu realiti apa itu fantasi.Hanya masa yang akan menentukan siapa yang benar.Insya-Allah.