Monday, October 18, 2010

My New Life As A Father

Telah hampir seminggu isteri dan anakku kembali kerumah sewa kami di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.Hidupku dan berubah sepenuhnya dengan kehadiran putera sulungku;Muhammad Afif Zakwan.Setiap hari hidupku diisi dengan masa bersama puteraku.Senyum,tawa dan tangis anakku menghiasa hidupku kini.Terasa lengkap hidupku kini.

Walaupun agak keletihan namun aku gembira.Tiap malam walaupun tidak cukup tidur namun aku gembira melayan karenah anakku.Namun masih gagal lagi menambat hati anakku secara total.Mungkin sebelum ini belum mengenali aku lagi,memandangkan dia aku tinggalkan bersama ibunya di Pasir Puteh, Kelantan.Namun dah mula tersenyum bila aku mengagah.

Aku masih lagi belajar mendukung anakku dengan cara yang betul.Masih lagi bimbang tersalah dukung,namun yang pasti anakku cukup berisi hingga terasa lenguh bila didukung.Macamana la isteriku dapat mendukung anakku sepanjang masa dengan kemas.

Kalau dulu rutin pagi sebelum bertolak ke sekolah aku mengucup dahi isteriku,kini ditambah dengan mencium pipi dan dahi anakku.Balik kerja perkara pertama yang dibuat ialah mencari anakku dan mencium pipinya.Gembira dan terasa hilang penat dihadapan anakku.Sesungguhnya aku bersyukur dengan kurnian Putera Sulungku ini.Alhamdulillah.

Tuesday, September 28, 2010

My Afif After 1 Month


Hampir 3 minggu aku berjauhan dengan isteri dan anak yang tinggal di kampung.Dari semasa isteri menghantar perkembangan terbaru.Teruja sungguh bila mendapati Putera Sulungku dan pandai bermain.

Sungguh tidak sabar nak menatap anakku kembali anakku apabila melihat gambar-gambar yang isteri aku kirimkan.Afif ku pun kelihatan sudah bulat dan gebu pipinya.Badannya pun dah agak berisi.Isteriku pun dah cakap agak berat untuk diriba dan dipangku.Biasalah budak lelaki yang kuat makan akan cepat membesar.Cuma rambutnya saja agak lambat tumbuh kembali selepas dicukur tempoh hari.

Semalam telah ku beli katil baru untuk anakku di "Anakku".Berjaya aku memujuk kedai tersebut memberi diskaun special.hehehe.Jimat RM100.Tikar baru juga dibeli bagi keselesaan anak bermain nanti.

Maybe selepas isteri habih pantang saja baru isteriku dan anakku akan kembali ke Johor.Maybe ayah dan ibu mertuaku akan turut serta.So maknanya nak kemas rumah dulu la nie.hahahah.Sungguh tak sabar aku nak memeluk,menimang,mencium,menatang anak kesayanganku Muhammad Afif Zakwan Bin Ahmad Fadli.

School Trip After UPSR 2010.

Berlalu sudah UPSR 2010.Segala penat lelah jerih sepanjang tahun sudah menemui penamatnya.Hanya menantikan hasilnya saja.Adakah segala usaha telah membuahkan hasil yang diharapkan.Semoga Allah S.W.T memberkati segala usaha yang telah dicurahkan sepanjang tahun.Insyallah.

UPSR 2010 merupakan UPSR yang pertama bagi aku bergelar guru Tahun 6.Memang memenatkan badan dan meletihkan minda.Habis saja UPSR terus pelbagai penyakit singgah di badan.Dahla hari pertama UPSR aku "dihadiahkan" oleh sengatan lipan pada 5 pagi.Tak pasal hari tue kena sedas suntikan.Sepanjang hari aku tido saja di sekolah.Akibatnya sampai kini aku masih sakit-sakit maybe pasal alahan.Habih sengal-sengal satu badan,batuk dan selsema.

Pada Ahad (26 September 2010) yang lepas sebagai hadiah murid-murid dan guru Tahun 6 dibawa bercuti di Johor Bharu, dengan diiringi guru-guru yang lain serta ahli keluarga guru-guru.Rombongan melibatkan dua bus yang bertolak dari Sekolah Kebangsaan Sedili Besar pada pukul 8 pagi.

Destinasi pertama ialah Hotel Blue Wave untuk sarapan pagi ditaja oleh Datuk Ibrahim.Selepas itu bertolak ke Diaman Bowl untuk perlawanan boling yang disertai oleh murid-murid dan para guru-guru.Why boling?I HATE BOLING..hahahaha..akibatnya aku tewas dengan cemerlang.Selepas puas bermain boling bertolak ke open house salah seorang kakitangan sekolah.Dengan perut yang masih kenyang bertolak ke Restoran Singgah Selalu pulak untuk makan yang ditaja oleh Daeng Malik.Kerja makan aje.

Akhirnya bertolak ke destinasi yang ditunggu oleh murid-murid iaitu Today's Mall Indoor Water Park.Disitu bukan saja murid-murid bahkan guru-guru mandi-manda hingga lupa dunia.Guru dan murid bergurau senda dengan suasana penuh kekeluargaan.

Rombongan hanya bertolak pulang ke Kota Tinggi pada pukul lebih kurang 9 malam, sebelum singgah di KFC Kota Tinggi pulak untuk makan malam.Rombongan tiba di sekolah pada pukul 11 malam.Syukur alhamdulillah selamat sepanjang perjalanan.Murid-murid telah bergembira dengan seronoknya.Thanks to Mr Zawawi kerana menguruskan perjalanan kami.Ia merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Friday, September 3, 2010

Becareful To Newly Mother

Malam Khamis lepas aku agak terkejut bila isteriku tetiba memeluk ku dalam keadaan menangis.Tak sempat aku nak bertanya bila aku tersedar dari mamai,isteriku dah tertidur kembali.Hanya semalam baru aku sempat bertanyakan kenapa.

Rupa-rupanya isteriku telah diganggu pada malam itu.Ketika dia terjaga dia dapati ada 2 lembaga hitam dihujung kakiku sedang melihatnya.Satu sedang berdiri dan satu sedang duduk.Isteriku kata langsung dia tidak mampu bergerak dan berbicara.Hanya beberapa ketika baru dia mampu bergerak dan terus memelukku.

Lantas aku bertanya mengenai perkara tersebut kepada ibu mertuaku dan ibuku.Mereka mengatakan ia adalah perkara biasa yang akan dialami oleh kebanyakan wanita yang didalam pantang.Gangguan ini yang boleh menyebabkan beberapa wanita akan terkena "gila meroyan".Kakak iparku turut memberitahu bahawa dia pernah terkena semasa mengandungkan anak pertama.Hingga semangat dia dan anak terpaksa dipulihkan apabila demam akibat gangguan tersebut.

Untuk mengelak gangguan tersebut semalam aku terpaksa tidur didalam keadaan lampu terpasang.Kini perlu mencari bijak pandai agar menyiapkan pendinding dari gangguan tersebut.Beberapa petua orang tua juga boleh diamalkan.Jadi kepada semua yang sedang didalam pantang,silalah berhati-hati.Rujuklah orang tua selalu.Ya-Allah engkau lindungilah anak dan isteriku dari gangguan syaitan jahanam.

Monday, August 30, 2010

1st Nite With My Son

Semalam merupakan malam pertama aku disisi puteraku.Malam semalam juga aku mula belajar tanggungjawab seorang ayah dan seorang suami ketika isteri sedang berpantang.Aku membantu mertuaku menyediakan makan minum isteriku.

Semalam juga aku telah berjaga ketika puteraku menangis meminta perhatian dan manja apabila dia terkejut dari tidurnya.Apabila lambat sedikit perhatian diberikan dari rengekan bertukar menjadi tangisan.Mungkin manjanya terlebih kerana badannya agak sedikit panas terlalu menerima suntikan BCG sebelum “discharge” dari hospital.

Puteraku juga enggan tidur ditilamnya.Hanya apabila diletakkan disisi ibunya barulah dia terlena selepas menyusu buat seketika.Puteraku sentiasa ingin disusukan tiap kali dia terbangun dari tidurnya.Puteraku juga enggan membenarkan kakinya dibendung terlalu kuat.Terlalu kuat tendangannya.Bergerak badannya apabila dia melonjak ditilamnya.
Aku juga berpeluang membantu membersihkan pampersnya.Boleh dikatakan semalam saja lebih dari 5 kali puteraku membuang air besar.Mujurlah aku telah menyediakan pampers khusus untuknya terlebih dahulu.

Terlalu banyak lagi yang perlu diperlajari.Proses menjadi seorang bapa masih terlalu panjang lagi.Hanya masa saja akan membuktikan bahawa samaada aku berjaya ataupun tidak.Insya-Allah

Sunday, August 29, 2010

I'm A Father Now


Kini segala penantian berakhir sudah.Pada 28 Ogos 2010,pukul 3.24 petang isteriu telah selamat melahirkan putera kami yang pertama.Dengan berat 3 kilo semuanya tampah sihat dan sempurna.Bersyukur padamu tuhan kerana kelahiran ini semuanya selamat di pihak isteri dan putera ku.Terima kasih Ya-Allah.

Sejak 4 pagi semalam bila isteriku memberi dia telah mula sakit aku dah mula gelisah,adakah isteriku sudah "in labour".Namun aku kemudian tidak dapat mendapat apa-apa info dari isteriku menyebabkan aku ke sekolah seketika.Pada pukul 8 pagi ibuku menelefonku memberitahu bahawa isteriku dah masuk ke "Labour Room".

Terus aku bergegas kembali kerumah untuk pulang ke Pasir Puteh, Kelantan.Di kepalaku sepanjang jalan hanya mendoakan keselamatan anak dan isteriku.Ketika aku baru saja sampai di Kuala Terengganu,ibu mertuaku menelefon memberitahu bahawa isteriku telah selamat melahirkan anak kami.Tuhan saja yang tahu betapa aku bersyukur.

Walaupun agak kecewa tidak dapat berada disisi isteriku,namun aku bersyukur bahawa mereka berdua sihat semuanya.Hanya pada pulul 6.20 petang,barulah aku berpeluang menatap wajah putera yang aku nantikan.Aku hampir menangis kegembiraan.Anakku ketika aku bertemunya baru saja menyusu dan berhenti menangis.

Rupa-rupanya anakku tidak mahu ditempatkan didalam bekas tidurnya.2 kali diletakkan,2 kali dia menangis.Hanya apabila diletakkan disisi ibunya barulah dia berhenti menangis.Agaknya dia tidak ingin berengang dengan ibunya.Sewaktu aku melihatya masih kedengaran la sedu-sedannya baru lepas menangis.

Ya-Allah aku tidak sabar lagi untuk memegang anakku dan menciumnya sepuas-puasnya.Inilah yang kami nantikan.Kini keluargaku telah lengkap.Aku telah mempunyai seorang isteri yang penyayang dan kini seorang putera untuk menghiasi hidup kami.Terasa berlainan sungguh apabila menatap anakku.Aku kini seorang bapa.Hidupku kini telah berubah sepenuhnya.Hidupku kini telah lengkap.Syukur pada mu Ya-Allah.

Thursday, August 26, 2010

Aidilfitri Yang Dinanti

Aidilfitri pada tahun ini menjanjikan pelbagai pembaharuan dalam hidup aku.Terlalu banyak perubahan telah berlaku dalam tahun ini.Terlalu banyak hidup aku berubah.

Aidilfitri tahun ini merupakan Aidilfitri yang pertama disambut sebagai seorang suami.Raya yang pertama seorang isteri akan mencium tanganku selepas 10 bulan mendirikan rumahtangga.Aidilfitri tahun ini juga merupakan raya pertama aku akan menyambut sebagi seorang ayah,Insya-Allah.Aku berasa sungguh berdebar menunggu kelahiran putera sulungku yang bakal diberi nama Muhammad Afif Zakwan. Sungguh berdebar menantikan kelahirannya.Aku tidak sabar untuk menyambut kehadiran puteraku.Aidilfitri kali nie aku akan mempunyai keluargaku sendiri untuk dirai.

Namun Aidilfitri pada tahun ini juga merupakan Aidilfitri pertama yang aku sambut bukan disisi ibubapa yang tercinta.Dimana pada tahun ini akan ku sambut di rumah mertuaku memandangkan isteriku dijangka akan melahirkan anak kami pada Hari Raya Kedua iaitu 11 September 2010.Namun Aidilfitri tahun ini akan ku sambut dengan ahli keluarga yang lebih ramai.

Ramadhan tahun ini juga walaupun aku bukan lagi berseorangan namun turut dilalui berseorangan.Memandangkan isteriku kini telah berada di kampung menanti kelahiran anak kami.Dengan tabah kami lalui Ramadhan secara berasingan.Hanya Tuhan saja tahu betapa hati ini merindui kehadiran isteri yang tercinta.Kebiasaannya aku selalu meluangkan untuk bebrbicara dengan anak kami yang masih didalam kandungan.Aku terbaca didalam satu kajian bayi didalam kandungan mampu untuk mendengar suara yang berada diluar kandungan.Aku harap suara aku mampu menjana minda anakku sejak didalam kandungan lagi.

Ya-Allah aku bersyukur kepadamu Ya-Allah atas kurniamu pada hambamu ini.Terlalu banyak kurniaan yang telah kau berikan.Aku bersyukur padamu tuhan.Sesungguhnya aku telah mempunyai sebuah keluarga untuk meraikan Aidilfitri yang mulia pada tahun ini.Syukur atas kebesaranmu Ya-Allah.

Tuesday, August 24, 2010

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Tuesday, August 17, 2010

Kasih Seorang Isteri

Hari nie sudah hmapir seminggu aku berpisah dengan isteri tersayang.Isteri tersayangku telah kuhantar ke kampungnya Pasir Puteh,Kelantan memandangkan "due"nya untuk bersalin telah hampir.Aku cukup risau kalau apa-apa terjadi semasa aku sedang sibuk di sekolah.Dikampung sekurang-kurangnya isteriku mendapat sepenuh perhatian dari keluarga dan dia pun dapat berehat.("Which prove me wrong",bila aku mendapat tahu isteriku masih tak reti duduk diam).

Cukup sukar isteriku melepaskan aku kembali ke Johor berseorangan.Dari malam sebelum aku bertolak bercucuran air mata tumpah,hanya pujukan dapat ku berikan.Sebelum bertolak aku titipkan pelbagai pesanan buat isteriku.Tanpa kuduga airmata ku mengalir ketika melihat isteriku ketika aku bertolak kembali ke Johor.

Malam pertama sekembalinya aku di Johor amat sukar dilalui oleh aku dan isteriku.Terasa kehilangan yang amat sangat.Inilah kali pertama kami berpisah sejak berkahwin.Sehinggakan isteriku masih lagi berbicara dengan aku apabila terjaga dari tidur,sedangkan ketika itu aku tiada disisi.Ya allah kau kuatkanlah semangat isteriku.

Kini SMS dan panggilan telefon menjadi pengubat rindu sepertimana sebelum berkahwin.Hanya doa agar keselematan isteriku, Norhaslini Binti Zahari dan anak kami didalam kandungan, Muhammad Afif Zakwan selamat didalam perlindungan Allah SWT hendaknya.

Sunday, August 8, 2010

Percutian Sebelum Ramadhan di Pasir Puteh

Sekarang aku berada di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan.Aku balik kampung adalah untuk menghantar isteriku untuk pulang bersalin di kampung.Memandangkan Aidilfitri tahun ini aku akan menyambutnya disini dan "delivery" isteriku makin dekat,adalah lebih selamat aku hantar isteriku pulang terlebih dahulu.Dengan makin dekatnya UPSR menandakan aku akan makin sibuk di sekolah.Masa dirumah akan lebih terbatas.Jadi secara praktikalnya adalah lebih selamat isteriku di kampungnya.Aku pun tidak terlalu bimbang akan keselamatannya ketika aku sibuk di sekolah.

Kampung isteriku terletak di Pasir Puteh, Kelantan.Rumahnya agak kedalam dan dikelilingi oleh pelbagai pepohon buah-buahan."That's really great for me".Kebetulan semua buah-buahan sudah sedia untuk dipetik."Just pluck and eat".Terdapat pokok rambutan,dukung dan manggis.Terlalu banyak makan sampai perut pun sakit.Tapi takkan peluang makan buah-buahan segar nak dilepaskan.Haiwan ternakan pun banyak.Yang peliknya ada seekor arnab bebas berkeliaran disekeliling rumah.Nak tangkap pun payah.Setiap petang dapatlah peluang menjadi gembala bebiri sekejab.Ada bebiri itu bakal dikorbankan untuk kenduri Aqiqah anakku nanti.

Dirumah ini juga adik-adik ipar hampir semua dibangku sekolah.Dan hanya ada seorang anak lelaki."So it's my chance to be kid again.Play around with my in-law".Kalau kat rumah aku semua adikku dah dewasa.Jadi tiada peluang nak "play around".Mandi pun air segar yang disedut dari bawah tanah.Segar terasa apabila mandi.Ini memberi peluang untuk bercuti didalam suasana kampung selepas penat bekerja pagi petang siang malam hari minggu di sekolah.Hilang seketika lelah dan masalah.

Wednesday, August 4, 2010

Death Penalty For Child Rapist

Aku dengan sejujurnya menyokong cadangan tersebut,walaupun ia dikemukan oleh politician yang pendapat dan pendiriannya jauh berbeza dari aku.Kita harus menyokong sebarang usul yang baik walaupun daripada seorang yang mungkin kita kategorikan sebagai musuh.Tak perlu membangkang membuta-tuli jika ia dari pihak yang bertentangan.

Dewasa ini kita dapat lihat insan-insan yang dipanggil "sex predator" mula menyasarkan kanak-kanak yang masih mentah akan erti kehidupan.Ini adalah kategori manusia yang telah rosak akal fikirannya dan boleh kita samakan tarafnya dengan haiwan yang tidak dikurniakan akal oleh Allah SWT.Cukuplah apa yang dipaparkan di media cetak dan media massa.I just sick of it.

Hukuman mati kepada perogol kanak-kanak amat wajar.Ini jika dibandingkan dengan kerosakan yang berlaku keatas kanak-kanak tersebut masih amat ringan lagi hukuman mati tersebut.Parut keatas kanak-kanak tersebut akan kekal sepanjang kehidupan anak-anak tidak berdosa itu.

Selain daripada hukuman yang lebih tegas,sistem pengkalan data bagi "sex offender" perlu diwujudkan.Ini akan memudahkan lagi pemantauan oleh pihak berkuasa keatas "sex offender" yang kembali ke masyarakat.Bukan untuk tujuan menghukum namun segala alat memantau bagi memudahkan urusan pengesanan apabila terjadi kes-kes melibatkan kanak-kanak.

Daripada pengkalan data yang diwujudkan kita boleh merujuk dari data yang wujud seperti identiti dan juga DNA mereka sebagai rujukan.Ini akan memudahkan kes pengesanan.Bagi "sex offender" yang tergolong dalam kategori "child rapist" pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan secara berkala sebagai "hinderance"

So conclusian,aku amat menyokong saranan yang dikemukan oleh Encik Karpal Singh from DAP.

Saturday, July 24, 2010

Suatu Kebenaran

Apabila kita dituduh melakukan sesuatu perkara yang tidak berasas dan tanpa bukti,sudah tentu hati kita akan terguris.Sedangkan kita dari masa kesemasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.Bahkan pada hakikat kualiti kerja si penuduh lah yang patut dipersoalkan,hanya kelebihannya berkata-kata dan mengampu menutup segala kelemahan.

Sudah tentu kita akan menuntut sebuah kebenaran,penjelasan kenapa tuduhan tersebut dibuat.Perjelasan amat diperlukan memandangkan nama baik kita dipersoalkan.Maruah diri dan intergriti diri menjadi pertaruhan.Sudah tentu kita akan berjuang membersihkan nama kita.

Namun apabila sudah jelas kita tersalah tuduh tanpa usul periksa,orang yang dituduh berhak menuntut kita meminta maaf selain daripada penjelasan.Namun banyak yang lebih suka menjadi insan yang hipokrit dan munafik daripada meminta maaf.Terlalu sukar mengakui kesilapan diri.

Apa yang dipinta hanyalah ucapan maaf dan bukanlah pujuk rayu.Bukan dendam dan sengketa yang dicari.Hanya kebenaran dan keadilan dituntut.Demi membersihkan maruah diri.Jadilah seorang muslim yang sejati dan bukanlah seorang hipokrit dan munafik.

Monday, July 12, 2010

Keikhlasan Sebuah Niat

Saban hari aku mula tertanya-tanya pakah niat sebenar seorang guru menjadi seorang guru.Adakah kerana itulah pekerjaan yang ditawarkan ketika itu?Adakah kerana menunaikan harapan keluarga?Adakah kerana hasrat hati yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa?Ataupun jawatan guru merupakan penyelamat dari terus menganggur?

Minta maaf apabila aku katakan kebanyakan guru adalah tergolong didalam kumpulan yang terakhir.Ataupun dari seorang yang ikhlas berubah menjadi seorang guru makan gaji selepas bertahun mengajar.Dewasa ini kita dapat lihat kepincangan didalam bidang perguruan.Guru yang membuat onar semakin banyak.Aku percaya disetiap sekolah akan ada guru yang hanya masuk ke kelas mengajar (adakalanya mengajar ibarat melepaskan batuk ditangga) tanpa memberi apa-apa sumbangan di sekolah.

Guru seperti ini akan memberi pelbagai alasan apabila diberi tugasan.Dia amat bijak mengelak dari tugasan.Apabila diberi tugasan dia akan mengabaikan tugasan dan amanah tersebut.Terjadilah kejadian anak-anak murid berkeliaran di sekolah apabila gurunya sedang melepak di kantin,padang, dan pelbagai lokasi lain sedangkan dia patutnya berada didalam kelas.Bahkan kebanyakan guru ini adalah kesayangan pihak pentadbir sekolah disebabkan kepakaran mereka berkata-kata dan mengampu pihak pentadbir.Kebanyakan masa walaupun sepatutnya mengajar mereka akana menyibukkan didalam pejabat sekolah menunjukkan merekalah guru yang sibuk.Maka terjadilah guru yang lalai,alpa dan tidak amanah didalam tugas mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Pelakon-pelakon terkenal ini juga bijak berlakon dihadapan para ibubapa.Dihadapan para ibubapa,merekalah guru yang penyayang.Sedangkan kebajikan dan pendidikan anak murid itu diabaikan pada realitinya.Bahkan ada sesetengah guru akan memberi layanan yang tidak sepatutnya kepada sesetengah murid,apatah lagi kalau anak mereka sendri bersekolah di sekolah mereka mengajar.Jahat anak murid jelas dimata,jahat anak sendiri sedikit tidak dipandang.Tidakkah semua anak murid kita setaraf?Tidakkah mereka sedar mereka juga merupakan ibu dan bapa.Bagaimanakah suatu hari nanti anak-anak mereka mendapat seorang guru seperti mereka.Tuhan itu Maha Kaya.Tidakkah takut suatu hari nanti anak mereka menerima balasan akibat sikap mereka sendiri?

Sedarlah para guru.Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Adil.Didiklah anak bangsamu dengan penuh keikhlasan.Sayangilah mereka seperti darah dagingmu.Kerana mereka juga adalah anak-anakmu.Insya-Allah,tuhan akan memberkati usahamu itu.Gurulah pembina bangsa.

Tuesday, July 6, 2010

Hati Seorang Guru

Hujung minggu yang lepas telah dijalankan Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Sekolah Kebangsaaan Sedili Besar.Banyak yang berlaku.Apa yang ingin diceritakan disini bukanlah perjalanan perkhemahan tersebut (dimana akan diceritakan kemudian hari), namun peristiwa-peristiwa yang menyentuh hati seorang guru.

Kisah pertama terjadi semasa Malam Pelita Hati kendalian Aku dan rakan, Zawawi Musa.Malam itu kami banyak bermain dengan perasaan dan emosi anak didik kami.Tatkala anak didikku menangis teresak-esak bahkan ada yang melolong,hati ini terasa sedih sekali.Tak sanggup rasanya melihat anak-anaknya ini menangis didepan mata.Tanpa kusedari air mataku turut mengalir.

Kisah kedua,malam pertama perkhemahan aku terpaksa pulang kerumah.Tidak sampai rasanya dihati meninggalkan isteri keseorangan dirumah.Tambahan dengan keadaanya yang tengah sarat mengandung.Namun hati ini berasa gelisah,cukup payah mata ini nak terpejam.Esok paginya ketika aku kembali ke kem perkhemahan,aku mendapat kejutan.Aku dapati salah seorang anakku telah tercedera.Mengalir airmataku apabila aku melihatnya.Apatah lagi meihat darah yang mengalir ketika aku mencuci lukanya.Ya-Allah,hati ini hancur luluh melihat anaknya sebegini rupa.

Kisah ketiga ini terjadi secara kebetulan.Malam perkhemahan yang terakhir kami guru-guru merancang sebuah suprise birthday party untuk salah seorang peserta.Kami merancang ala-ala Wakenabeb.Murid tersebut amat cemerlang disegala bidang,kami kenakannya dengan kes surat cinta.Ia menjadi menarik apabila ibubapanya pun turut sama mengenakan anaknya.Menjerit melolong dengan tangisan anak muridku apabila dikenakan.Namun apabila semakin lama,aku mula rasa bersalah.Sedih pulak tengok anakku menangis sedemikian rupa.Syukurlah semua selesai dengan selamat.

Kisah yang keempat melibatkan seorang lagi anakku di Tahun 6.Semasa masa rehat aku dapati dia cuma makan 2 ketul nugget.Apabila aku selidiki,aku dapati rupanya itu saja yang mampu dibeli dengan bekalan duit sekolahnya, yakni 40 sen.Rupanya 2 orang adiknya yang juga anak muridku juga telah ponteng sekolah kerna tiada duit sekolah.Ya-allah takkanlah sampai begitu.Puas pengusaha kantin memujuk dia agar mengambil nasi tanpa perlu membayar apa pun.Namun maruah dirinya amat kental dan tinggi,dia menolak dengan senyuman.Menangis pengusaha kantin dibuatnya.Hanya apabila aku membawa pinggan nasi berserta air ke tempat duduknya dan dengan tegas mengarahkan dia makan,barulah dengan teragak-agak tapi lapar menyentuh makanan tersebut.Apabila aku memberitahunya dikelas jika selepas ini dia tiada duit sekolah termasuklah adiknya,dengan tangisan dia memelukku apabila aku katakan bahawa aku akan membayar apa saja yang dia nak.Ya-allah,kau bantulah anakku ini.Aku bersyukur,walaupun pencapaian akademik tidaklah cemerlang namun hatinya budinya sungguh gemilang.Apabila dalam kekurangan dia tidak meminta,namun apabila lebih rezeki dia tidak lokek berkongsi.

Sesungguhnya aku bersyukur dengan pilihan aku menjadi seorang guru.

Tuesday, June 29, 2010

Why I Become A Teacher

Itu soalan yang sering rakan-rakan yang mengenali aku dengan rapat bertanyakan.Maklumlah aku ini ketika dibangku terkenal dengan kenakalannya.Guru disiplin merupakan antara guru yang rapat denganku,akibat secara mingguan dipanggil mengadap.Pelbagai masalah aku timbulkan.Seperti kata guru itu,Cikgu Mohd Puat aku hanya terselamat kerana pencapaian akademik ku yang agak cemerlang.Namun aku mula berubah sikap apabila beliau mengucapkan kata-kata tersebut. "Sampai bila awak nak bersikap macam ni,berubahlah Fadli". Kata-katanya terus menyentuh hatiku.Itulah penangan seorang Guru Disiplin dan Guru Bahasa Inggerisku di SM Seri Putera,Ipoh.Ironinya kedua-dua jawatannya juga telah aku pegang tahun lepas.

Apabila aku di UiTM Shah Alam aku begitu aktif berpersatuan.Persatuan yang merubah segalanya adalah Peers Kaunselor.Aku mula melibatkan diri didalam aktiviti kaunseling dan motivasi pelbagai bidang akademik.Aku pernah menjadi fasilitator dan penceramah pelbagai program anjuran UiTM dan Agensi Kerajaan yang lain.

Namun yang paling intensif ialah pada tahun 2004,ketika aku menjadi penceramah dan jurulatih bagi Program Motivasi Pelajar Sekolah Menengah anjuran Biro Tatanegara Putrajaya.Disitu aku melihat pelbagai masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah.

Sejak di UiTM lagi aku bercita-cita menjadi seorang pendidik.Beberapa kali aku memohon jawatan pensyarah muda bahkan tutor di pelbagai institusi pendidikan,namun gagal.Sepanjang masa itu pelbagai kerja aku lakukan.Hinggalah pada tahun 2007 ketika aku berhenti kerja,secara tiba-tiba ibu aku memberi cadangan aku mencuba peluang didalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.Aku terfikir tiada apa salahnya memandangkan bidangnya masih pendidikan.

Seperti telah ditakdirkan,aku lulus kesemua Ujian Bertulis yang dilakukan.Kemudian aku dipanggil untuk temuduga di Institut Perguruan Darulaman,Kedah.Bidang yang aku minta ialah Kursus Pengajian Inggeris.Aku masih ingat lagi soalan individu yang diberikan."Adakah anda bersetuju dengan program PPSMI".Berkat doa ibubabapa dan usaha,aku berjaya melepasinya.Ujian dan temuduga aku lalui dengan tanpa pengalaman sebelum ini,dan aku berjaya dalam percubaan yang pertama.Syukur alhamdulillah.

Aku ditawarkan Kursus Pengajian Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Ipoh,Hulu Kinta,Perak.Apa yang berlaku disana adalah satu sejarah.Dan kini,aku telah bergelar seorang guru.Namun cita-cita asal aku sebagai seorang pensyarah,tetap aku tak lupakan.Ia akan tiba masanya kelak.Insya-allah.

Monday, June 28, 2010

My Life at SK Sempang


Aku memulakan hidup sebagai warga pendidik bertepatan dengan tarikh 1 Januari 2009.Aku masih ingat kali pertama aku mendapat surat arahan lapor diri.Aku sungguh musykil apabila melihat surat itu kerana tertulis disitu alamat sekolah hanya menggunakan alamat wakil pos.Bahkan nombor telefon yang diberikan juga nombor telefon bimbit.Yang aku pasti sekolahnya terletak di Kota Tinggi,Johor.Hasil siasatan melalui sepupu aku yang 1 tahun lebih awal posting Johor Bahru,aku dapati sekolah itu tergolong didalam kategori SKM (Sekolah Kurang Murid) dimana muridnya tidak lebih dari 25 orang.Dari sepupu ku itu juga aku telah berkenalan terlebih dahulu dengan salah seorang guru disitu,Cikgu Wan Rizman.Dimana aku turut menumpang dirumahnya buat seketika sehingga aku mendapat rumah sewa yang lain.

Pada 1 Januari 2009 aku pun melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi yang pada keika itu dibuat di SK Taman Kota Jaya.Hanya beberapa hari kemudian iaitu sebelum hari pertama persekolahan aku melaporkan diri di sekolah.Tidak aku menyangka ia terletak betul-betul didalam hutan dimana tanpa rumah disekeliling.Muridnya terdiri daripada kampung yang terletak berdekatan.Dahulunya sekolah ini hanya dapat dihubungi dengan bot kerana ia sebenarnya terletak diatas sebuah pulau berhampiran kuala sungai.

Gurunya hanya pada masa itu 5 orang termasuk guru besar,seorang kerani dan seorang tukang kebun.Kantin pun tiada,guru makan dengan membayar secara bulanan kepada penyedia mnakanan RMT.Suasana pengajaran lebih banyak tertumpu kepada proses 3M dan bukannya mengejar 5A didalam UPSR.Namun sekolah ini juga merupakan Penerima Anugerah Sekolah Cemerlang 2008.

Disini aku mula belajar mempratikkan apa yang aku belajar di maktab.Hakikatnya amat berbeza sekali.Aku perlu mengubal cara pengajaran yang tersendiri.Memandangkan aku perlu mengajar pelbagai aras didalam satu kelas.Sebagai contoh satu kelas mengandungi murid Tahun 1 dan Tahun 2 bahkan murid Pra Sekolah.Aku perlu mengajar 3 aras umur yang berbeza dan tahap pembelajaran yang berbeza secara serentak.Syukur aku mampu mengajar 3 orang murid yang tidak boleh membaca hingga boleh membaca.Syukur alhamdulillah.

Banyak suka duka aku tempuhi,namun jodoh aku dengan sekolah ini amat singkat.Aku hanya bedrkhidmat selama 1 tahun.Perkahwinan aku bukan saja memberi kehidupan yang baru bahkan membawa aku ke sekolah yang baru.But that's another story.Namun semua kenangan akan tersemat dihati.

Sunday, June 27, 2010

Salah Seorang Pendidik

Dimasa sekarang kita dapat lihat keruntuhan sosial dikalangan remaja sekarang.Sebagai salah seorang warga pendidik,hatiku tergerak.Siapakah insan yang bersalah?Namun tidak dapat dinafikan warga pendidik turut menyumbang kepada masalah tersebut.Ini antara insiden yang berlaku dihadapan mataku sendiri yang membuat aku terfikir.

Insiden Pertama:Aku masih ingat ketika aku hadir ke majlis konvokesyen isteriku dahulu di Politeknik Perlis.Kejadian berlaku semasa upacara raptai.Kelihatan 2 warga pendidik politeknik tersebut duduk dengan angkuhnya ketika semua tetamu berdiri semasa lagu kebangsaan ke udara.Bahkan dengan kurang ajarnya mereka membuat lawak ketika siswa/siswi berlatih mengangkat sembah memandangkan Raja Perlis bakal hadir.Mereka dengan biadapnya mengubahnya kepada gaya sembah tokong.Sungguh memalukan memandangkan mereka sanggup menghina seorang sultan sebangsa seagama.Sungguh kurang ajar

Insiden kedua:Kejadian berlaku semasa aku sedang menjalani Kursus Induksi di Maktab ku di Perak.Ketika semua sedang berdiri menyanyikan lagu kebangsaan,sekumpulan bakal guru yang berlainan bangsa dengan ku leka bersembang bahkan ada yang sedang makan.Tidak langsung mencerminkan seorang bakal pendidik dan warganegara Malaysia.Langsung tidak menyanyikan lagu kebangsaan....Sungguh biadap

Insiden ketiga:Ini yang terbaru.Terjadi ketika aku bersama keluarga bercuti ke Taman Pertanian Bukit Cerakah,Shah Alam.Seperti kebiasaan, semua pengunjung perlu menaiki bas yang disediakan oleh pihak pengurusan taman.Ketika aku naik bersama dengan isteriku yang sarat mengandung,bas tersebut penuh dengan murid dan guru dari sekolah yang bukan dari Sekolah Kebangsaan.Tanpa rasa prihatin dan tanggungjawab tiada seorang pun dari warga sekolah tersebut menawarkan tempat duduk kepada isteriku.Mungkin kerana kami bukan dari bangsa mereka....Sungguh tidak prihatin dan pentingkan diri

Ini membuat aku terfikir..banyak yang tidak layak menjadi seorang warga Malaysia namun telah menjadi seorang pendidik.Mereka inilah yang telah merosakkan anak-anak kita.Takut aku membayangkan anakku suatu hari nanti mungkin akan dididik oleh insan yang berjiwa keji dan hina ini.Ya Allah,kau selamatkan anak bangsaku dari manusia jijik ini.

The Union of Love


Setelah bertahun-tahun berjanji setia,setelah pelbagai cubaan dan dugaan dilalui,akhirnya segala janji dimeterai.Segala penantian tiba ke saat yang dinantikan.Di Masjid Gong Guchil, Pasir Puteh, Kelantan menjadi saksi permulaan sebuah kehidupan keluarga yang baru.Perkongsian hidup diantara Ahmad Fadli Bin Mohd Fuzi bersama Norhaslini Binti Zahari. Penyatuan antara Barat dan Timur.Dengan sekali lafaz sebuah ikatan yang diredhai oleh Allah SWT telah terjalin.Hanya tuhan saja tahu perasaan kesyukuran yang melonjak di hati.Sesungguhnya hati ini bersyukur atas ketentuan Mu.1 Disember 2009 tanda sebuah lipatan sejarah bermula.

The First Chapter

Ini merupakan kali pertama aku mula berjinak-jinak dengan blog.Terlalu banyak perkara kalau ingin diceritakan pada kali pertama ini.Dari masa ke semasa, aku akan bercerita mengenai kehidupan dari sudut pandangan ku.Mungkin akan ada yang bersetuju dan mungkin akan menolak.Namun setiap manusia dianugerahkan oleh tuhan, minda untuk mentafsir apa itu realiti apa itu fantasi.Hanya masa yang akan menentukan siapa yang benar.Insya-Allah.